KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Raya di seluruh negara hari ini kembali meriah dengan masjid dan surau dipenuhi jemaah yang hadir bersama keluarga masing-masing dengan mengenakan pakaian berwarna-warni bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri selepas dua tahun meraikannya secara sederhana.
Perayaan itu disambut hampir seperti normal dengan masyarakat mengambil peluang bertemu sanak saudara serta menjamu pelbagai juadah yang enak selepas pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.
Sambutan Hari Raya kali ini disambut dalam Fasa Peralihan ke Endemik yang menyaksikan prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan.
Di KUALA LUMPUR, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan di sini.
Turut hadir bersama kira-kira 7,000 jemaah memenuhi ruang solat masjid berkenaan adalah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Jemaah Menteri.
Di PUTRAJAYA, lebih 3,000 jemaah hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Di PERLIS, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Dataran Istiadat, Istana Arau bersama rakyat jelata manakala di KEDAH, Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff pula berangkat menunaikan solat sunat di Masjid Zahir.
Di PERAK, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan dan baginda sempat beramah mesra dengan hadirin sebelum berangkat menziarahi makam diraja yang terletak bersebelahan masjid.
Di NEGERI SEMBILAN, Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan menyertai 1,500 jemaah menunaikan solat itu di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti, Kuala Pilah.
Di KELANTAN, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menunaikan solat bersama ribuan jemaah di Masjid Al-Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan, Tumpat sementara di TERENGGANU, Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat ke Masjid Al-Muktafi Billah Shah.
Di PAHANG, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menunaikan solat sunat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Temerloh.
Di MELAKA, Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam menunaikan solat sunat bersama ribuan jemaah di Masjid Al-Azim, Bukit Palah manakala di PULAU PINANG, cuaca mendung dengan sesekali hujan tidak menghalang kira-kira 5,000 umat Islam menunaikan solat sunat bersama Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Masjid Negeri Pulau Pinang.
Di SELANGOR, lebih 15,000 jemaah tempatan dan luar negara hadir ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagi menunaikan solat sunat seawal 7 pagi.
Di JOHOR, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan isteri Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor menunaikan solat sunat bersama lebih 1,000 jemaah di Masjid Sultan Abu Bakar.
Sementara itu, pergerakan trafik mulai perlahan ke beberapa laluan utama lebuh raya pada tengah hari ini berikutan orang ramai mengambil peluang pulang ke kampung selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Menurut laman twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik dilaporkan perlahan ke arah utara sebelum masuk Plaza Tol Rawang Selatan, dari Bukit Beruntung ke Bukit Tafar, Slim River ke Sungkai dan Terowong Menora ke Sungai Perak.
Trafik juga perlahan berikutan peningkatan kenderaan ke arah pantai timur sebelum masuk ke Plaza Tol Gombak dan 4.4 kilometer sebelum masuk Terowong Genting Sempah serta Hentian Gombak ke Genting Sempah.
Selain itu, di Tambak Johor, trafik perlahan arah utara di laluan dari Singapura ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 02 2022

Umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, hari ini. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.