Seorang pemandu treler yang disyaki mengakibatkan kemalangan sehingga menyebabkan empat beranak termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 176 Jalan Johor Bahru-Seremban, berdekatan Kampung Melayu Raya, Segamat petang semalam, direman tiga hari bermula hari ini.
Perintah tahanan reman terhadap suspek yang berusia 41 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Segamat, Ahmad Shakib Ismail di Ibu Pejabat Polis Daerah (ipd) Segamat pada jam 6.50 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Segamat, Suprintendan Raub Selamat ketika dihubungi berkata, tahanan reman suspek sehingga Selasa ini, bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, ujian air kencing terhadap suspek juga telah dijalankan dan didapati bebas pengaruh dadah.
Suspek yang ketika kejadian tidak membawa sebarang muatan juga tidak mempunyai apa-apa rekod lampau berkaitan jenayah dan hanya enam rekod membabitkan kesalahan lalu lintas.
Terdahulu, dalam kejadian sekitar 1.30 petang semalam, Astro AWANI melaporkan, kereta Honda Stream dinaiki lima beranak dirempuh sebuah treler yang tidak membawa sebarang muatan.
Ekoran itu, empat daripadanya termasuk seorang bayi maut ditempat kejadian.
Identiti pasangan suami isteri itu dikenali sebagai Nizam Daud, 51 tahun dan Nur Faizlin Jamaludin @ samsudin, 37 tahun serta dua anak mereka Nur Naqhia, 6 tahun dan Mohd Niyaz, 2 tahun.
Manakala seorang lagi anak mereka yang terselamat, Mohd Naqib, 9 tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Sep 09 2018

Tahanan reman suspek sehingga Selasa ini, bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Empat beranak maut kemalangan di Kota Tinggi
Empat beranak maut dalam kemalangan membabitkan motosikal yang ditunggangi dengan sebuah lori di Kota Tinggi, petang tadi.

Rumah terbakar, empat beranak terperangkap dalam bilik air
Hafisham berkata kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dihantar ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan.

Nasib 4 beranak tinggal di kolong dapat perhatian, bakal beraya di rumah baharu
Kehidupan serba daif Norlaila Abu Samah membesarkan tiga anaknya mendapat perhatian kerajaan negeri Johor apabila kisah mereka disiarkan Astro AWANI pada Sabtu.

Empat beranak redah hujan demi sekampit beras
Empat beranak tersebut bertemu Mohd Fadli untuk mendapatkan bantuan barangan dapur.

Kemalangan maut empat sekeluarga: Pemandu treler direman tiga hari
Perintah tahanan reman terhadap suspek yang berusia 41 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Segamat, Ahmad Shakib Ismail.

Empat beranak hidup dalam kontena di Kuantan
Mereka terpaksa berbuat demikian kerana tidak mempunyai pilihan lain walaupun terpaksa menanggung bahang panas terutama di waktu siang.