Empat beranak menjadikan sebuah kontena di Lorong Air Putih dekat sini sebagai tempat berteduh sejak dua bulan lepas selepas dihalau dari bilik sewa mereka.
Mohamad Salleh, 56, isterinya seorang saudara baharu Siti Aisyah Abdullah, 28, dan dua anak lelaki mereka, Muhammad Daniel, 6, dan Muhammad Haiqal, 1 tahun lapan bulan terpaksa berbuat demikian kerana tidak mempunyai pilihan lain walaupun terpaksa menanggung bahang panas di dalam kontena terutama di waktu siang.
"Sebelum ini kami menyewa di sebuah bilik dekat kawasan Pasar Kuantan, namun terpaksa keluar memandangkan kawasannya akan dibangunkan," katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai peliharaan binatang dengan gaji RM30 sehari.
Mereka tinggal di dalam kontena itu yang berupa stor atas ehsan majikan Mohamad tanpa mengenakan sewa dan menggunakan kemudahan di kilang berhampiran untuk mandi dan mencuci pakaian.
"Bantuan mualaf untuk isteri saya juga sudah dihentikan kerana ia sudah melebihi tempoh enam tahun. Saya amat berharap ada pihak sudi membantu kami sekeluarga mendapatkan rumah walaupun kecil," katanya.
Nasib keluarga berkenaan hari ini mendapat perhatian Badan Kebajikan dan Kemanusiaan Insan Seluruh Pahang (Bakkiss) yang tampil menyampaikan sumbangan makanan dan kewangan.
Yang Dipertua Bakkis, Wan Azlan Wan Salleh turut menyeru orang ramai supaya tampil untuk memberikan sumbangan terutama dari segi pendidikan kepada anak pasangan itu selain bimbingan agama kepada isteri Mohamad.
Bernama
Sun May 04 2014

Empat beranak berteduh di sebuah kontena selepas dihalau dari bilik sewa mereka. -Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Empat beranak hidup dalam kontena di Kuantan
Mereka terpaksa berbuat demikian kerana tidak mempunyai pilihan lain walaupun terpaksa menanggung bahang panas terutama di waktu siang.