Perkongsian gambar oleh seorang guru yang memaparkan seorang ibu bersama tiga orang anaknya yang meredah hujan pada waktu malam dengan menunggang motosikal mengundang kesedihan netizen.
Gambar yang dikongsi oleh Mohd Fadli Salleh di laman Facebooknya menceritakan empat beranak tersebut bertemu dengannya untuk mendapatkan bantuan barangan dapur.
Menurut Mohd Fadli, empat beranak itu hanya mahu mendapatkan sekampit beras dan barang dapur namun ketika beratur membuat bayaran wanita itu meminta izin untuk menambah barangan yang dibeli.
"Kali ini, aku serah troli kat dia. Kakak pergi ambil apa keperluan kakak. Nanti dah siap panggil saya. Saya bayarkan. Masa beratur, dia bertanya?.
"Cikgu. Boleh tak nak ambil ni? Kalau tak boleh saya letak semula," katanya seraya menunjukkan tuala wanita. Ambillah. Keperluan tu kan," jawab Mohd Fadli sebelum wanita tersebut mengucapkan terima kasih.
Mohd Fadli kemudiannya mempelawa empat beranak tersebut makan di sebuah restoran selepas mereka selesai membeli keperluan yang mereka mahukan.
"Meh makan dulu. Dah makan, pulanglah," katanya.
Pelawaan itu disambut dengan keriangan anak-anak wanita tersebut yang gembira seperti memenangi cabutan bertuah
"Makan. 5 huruf sahaja. Hampir setiap kita tidak pernah terfikir ia sesuatu yang sangat menggembirakan sebahagian kanak-kanak dan keluarga," katanya.
Mohd Fadli berkata, dia kemudiannya memberikan anak-anak tersebut beg sekolah dan pensel warna.
Katanya, anak-anak itu nampak terlalu seronok sehinggakan mereka meminta izin ibu mereka untuk membawanya ke sekolah.
"Mereka pulang dengan naik motosikal. Pulang dengan kekenyangan dan barang yang sarat. Si kecil memeluk erat beg sekolah baharu. Petanda seronok menerima hadiah, petanda sayang akan begnya.
"Belajarlah elok-elok, adik. Semoga kiriman beg dan pensel warna baharu ini menaikkan semangatmu untuk belajar bersungguh-sungguh seterusnya mengubah nasib keluargamu ini," katanya.
Perkongsian Mohd Fadli di Facebooknya kini tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan mengagumi tindakan yang dilakukan oleh cikgu tersebut kerana banyak membantu masyarakat yang memerlukan pertolongan.
Sherie Al Yahya menulis "ALLAHU, tak tahu nak komen apa dah...Moga cikgu dan keluarga diberikan sebaik-baik ganjaran di dunia mahu pun di akhirat, Amin."
"Saya kagum dengan semangat cikgu untuk bantu orang-orang yang lebih memerlukan. Teruskan niat suci cikgu ni, semoga ALLAH permudahkan urusan cikgu untuk bantu mereka-mereka ini...semoga cikgu sentiasa di bawah lindungan rahmat ALLAH," kata Amira Shahrom di Facebook.
Sinar Harian
Mon Nov 04 2019
Seorang ibu dan tiga orang anaknya sanggup meredah hujan semata-mata untuk mendapatkan bantuan barangan dapur. - Facebook Mohd Fadli Salleh
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Bantuan kepada veteran permotoran ikut kemampuan MAM - Mokhzani
Keputusan mengenai bantuan itu bukan diputuskan seorang diri, tetapi perlu melalui beberapa proses termasuk perbincangan bersama barisan komuniti.
Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah tertinggi RM13 bilion mula diagih esok - MOF
Kadar bantuan ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar bakal menerima sejumlah RM2,100 bagi 2025 berbanding RM1,200 pada 2024.
Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementerian Luar beri bantuan
Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.
AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia
Kerajaan Amerika Syarikat melalui USAID menyalurkan sumbangan berjumlah RM442,817 bagi menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.
Sabah peruntuk RM70 juta kepada badan keagamaan bukan Islam
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata peruntukan itu meningkat sebanyak RM13.25 juta berbanding tahun ini iaitu RM56.75 juta.
Banjir: MAIWP diminta salur bantuan secepat mungkin - Mohd Na'im
Datuk Mohd Na'im Mokhtar meminta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) segera menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas.
Kerajaan kaji bantuan bersesuaian ringan beban petani terjejas banjir
Kerajaan komited untuk mengkaji jenis bantuan yang bersesuaian bagi meringankan beban petani yang terkesan akibat banjir.
CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Tiga syarikat perbankan umum program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.
Pakistan zahir hasrat hantar sumbangan banjir kepada Malaysia - PM
Menerusi perbualan telefon mereka petang Sabtu, Shehbaz turut menyatakan simpati kepada Malaysia susulan musibah tersebut.
MAIWP sedia RM5 juta bantu mangsa banjir di seluruh negara - Mohd Na'im
Mohd Na'im menyeru umat Islam di Malaysia untuk segera menunaikan zakat bagi membolehkan bantuan berterusan disalurkan kepada golongan memerlukan.