KOTA TINGGI: Empat beranak maut dalam kemalangan membabitkan motosikal yang ditunggangi dengan sebuah lori di Jalan Kampung Semanggar Dalam di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, motosikal yang ditunggang lelaki berusia 39 tahun bersama isteri dan dua anak mereka dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati motosikal Yamaha LC 135 itu dari arah Kota Tinggi ke Kampung Semanggar Dalam, sebelum bertembung dengan lori berkenaan yang datang dari arah bertentangan.
"Kemalangan berlaku kira-kira jam 1.20 petang membabitkan motosikal ditunggang seorang lelaki dan dibonceng isterinya berusia 27 tahun serta dua anak mereka masing-masing berusia lima tahun dan sembilan bulan.
"Kemalangan juga membabitkan sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dari arah Kota Tinggi menghala ke Kampung Semanggar Dalam itu, gagal mengawal kenderaan ketika melalui selekoh dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Menurut Hussin, akibat daripada kemalangan itu, penunggang dan semua pembonceng motosikal cedera di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala pemandu lori tidak cedera.
"Pemandu lori tidak ditahan dan hasil semakan juga mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan trafik," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pada masa sama, Hussin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama ketika di jalan raya.
Siti Nur Aqilla Omar
Tue Aug 30 2022

Empat beranak maut dalam kemalangan membabitkan motosikal yang ditunggangi dengan sebuah lori di Jalan Kampung Semanggar Dalam, Kota Tinggi, petang Selasa. - Foto ihsan polis

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Empat beranak maut kemalangan di Kota Tinggi
Empat beranak maut dalam kemalangan membabitkan motosikal yang ditunggangi dengan sebuah lori di Kota Tinggi, petang tadi.

Rumah terbakar, empat beranak terperangkap dalam bilik air
Hafisham berkata kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dihantar ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan.

Nasib 4 beranak tinggal di kolong dapat perhatian, bakal beraya di rumah baharu
Kehidupan serba daif Norlaila Abu Samah membesarkan tiga anaknya mendapat perhatian kerajaan negeri Johor apabila kisah mereka disiarkan Astro AWANI pada Sabtu.

Empat beranak redah hujan demi sekampit beras
Empat beranak tersebut bertemu Mohd Fadli untuk mendapatkan bantuan barangan dapur.

Kemalangan maut empat sekeluarga: Pemandu treler direman tiga hari
Perintah tahanan reman terhadap suspek yang berusia 41 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Segamat, Ahmad Shakib Ismail.

Empat beranak hidup dalam kontena di Kuantan
Mereka terpaksa berbuat demikian kerana tidak mempunyai pilihan lain walaupun terpaksa menanggung bahang panas terutama di waktu siang.