ADAKAH garam Himalaya, garam laut Celtic, dan garam mata air, pilihan yang lebih sihat berbanding garam 'meja'atau garam kilang/ garam halus yang biasa digunakan?
Tular di TikTok baru-baru ini topik "kemurnian" makan garam laut Celtic selepas seorang pempengaruh kesihatan dari luar negara mendakwa, meletakkan secubit garam di bawah lidah sebelum minum air boleh meningkatkan hidrasi. Ia lantas mencetuskan perbahasan dalam kalangan netizen tentang kelebihan mengambil garam yang lebih mahal harganya.
Apabila diminta untuk menentusahkan faedah kesihatan jenis garam tertentu, pakar kesihatan dan pakar pemakanan memberitahu Bernama, semua garam adalah "hampir sama" dan pada asasnya garam terdiri daripada sodium klorida, yang penting untuk fungsi tubuh seperti mengekalkan imbangan cecair serta fungsi otot.
Bagaimanapun, sodium klorida juga bertanggungjawab untuk kebimbangan kesihatan berkait dengan pengambilan garam yang berlebihan, seperti tekanan darah tinggi.
Di sebalik kebimbangan itu, pakar bersetuju sesetengah jenis garam mungkin mengandungi kandungan galian yang lebih tinggi berbanding yang lain, bergantung kepada cara pemprosesannya.
GARAM LAUT CELTIC GARAM TERBAIK?
Pensyarah Jabatan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Zulfitri Azuan Mat Daud berkata, daripada perspektif kesihatan, semua jenis garam mengandungi sodium klorida yang menyebabkan rasa masin.
"Perbezaannya ialah garam-garam berkenaan mengandungi jumlah galian yang berbeza atau tahap bendasing atau kekotoran yang berbeza yang memberi rasa, warna serta tekstur yang pedar," beliau memberitahu Bernama.
Beliau menambah, menentukan garam yang "terbaik" akan menjadi sangat subjektif memandangkan ia bergantung kepada pilihan, keperluan diet atau aplikasi makanan seseorang.
Prof Dr Norhaizan Mohd Esa, pensyarah di Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM pula berkata, sama ada orang ramai menggunakan apa yang dipanggil garam laut Celtic yang lebih sihat atau garam Himalaya, garam mata air, garam buluh atau garam kosher, hakikatnya kandungan sodium hampir sama dalam semua jenis garam.
"Namun, ada sesetengah garam yang mempunyai kelebihan berbanding garam 'meja'. Garam laut Celtic, garam Himalaya dan garam mata air turut mengandungi galian termasuk kalsium, kuprum, zink, besi dan kalium, selaim sodium klorida.
"Hasil kandungan galian yang tinggi, garam-garam berkenaan mungkin boleh membantu mengekalkan paras cecair tubuh, kerja saraf dan pergerakan otot, " tambahnya.
JENIS GARAM
Mengulas mengenai kegemaran mengambil garam laut Celtic, pakar pemakanan Reshmy Ranee berkata, ia menjadi popular selepas seorang 'guru'kesihatan mendakwa di TikTok "dengan meletakkan kristal garam laut di bawah lidah sebelum minum air, ia akan menarik air masuk terus ke dalam sel, menghidrasikan tubuh secara betul, jika tidak, air hanya akan lalu begitu sahaja".
"Dakwaan itu hanya (taktik) pemasaran oleh mereka yang mahu membuat untung daripada garam berkenaan," katanya menambah, "Sel tubuh kita masih akan menyerap air dengan atau tanpa garam memandangkan 70 peratus tubuh kita mengandungi air."
Menurut beliau, pengambilan air dengan garam, bagaimanapun, adalah dinasihatkan bagi mereka yang kehilangan banyak elektrolik, menerusi, sebagai contoh, larian maraton.
Mengenai pelbagai jenis garam dan asal usulnya, garam laut Celtic adalah garam laut asli yang diambil secara terus daripada air laut di muara sungai berhampiran Guerande, Perancis dan pesisiran pantai lain, sementara garam Himalaya, kebanyakannya dari lombong garam Khewra di wilayah Punjab, utara Pakistan.
Garam mata air pula terbentuk apabila air mata air semula jadi dari air bawah tanah mengalir menerusi garam batu. Air air mata air yang masin ini kemudiannya mengalir di atas tanah dan secara semula jadi menyejat dan kristal yang tinggal dituai dengan tangan.
Sementara itu, garam 'meja' diperolehi dari lombong garam dan diproses bagi membuang kekotoran serta galian, dan meninggalkan hanya sodium klorida yang diperkaya dengan iodin. Garam biasa juga mempunyai bahan tambahan seperti agen pengantikerak.
Mengenai harga runcit, garam 'meja' dijual antara RM0.90 dan RM1.34 sekilogram sementara Garam Laut Celtic Perancis (250g) berharga RM7.13. Garam Batu Galian Himalaya (250g) berharga RM3.89 dan Garam Mata Air Sierra Nevada (250g) sekitar RM11.85.
Mengulas tentang harga tinggi garam alternatif "lebih sihat" Dr Zulfitri Azuan berkata, ia mungkin kerana proses pengeluaran yang lebih rumit dan hakikat garam-garam berkenaan dituai dengan tangan, menggunakan kaedah tradisional.
Beliau menambah, usaha penjenamaan dan pemasaran di samping faedah kesihatan yang diuar-uarkan, mungkin juga menyumbang kepada harga yang tinggi.
PENGAMBILAN HARIAN GARAM
Garam perlu diambil secara sederhana, sama ada ia mengandungi atau tidak mengandungi, pelbagai galian. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pengambilan harian garam sebanyak lima gram, bersamaan satu sudu teh. Jumlah ini termasuk garam yang boleh dilihat atau tersembunyi dalam perasa, makanan diproses, makanan yang diawet atau snek.
Berdasarkan Tinjauan Garam Komuniti Malaysia 2019 oleh Institut Kesihatan Awam di Kementerian Kesihatan, empat daripada lima orang dewasa Malaysia mengambil lebih banyak garam daripada paras yang disyorkan. Purata pengambilan garam oleh orang dewasa Malaysia ialah 7.9 gram, bersamaan 1.6 sudu teh sehari.
Dr Norhaizan, sementara itu berkata, semasa Ramadan, ramai orang memilih untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan garam seperti ikan kering dan telor masin, terutama semasa sahur kerana ia membantu menaikkan selera makan.
"Bagaimanapun, pengambilan tinggi garam dengan disertai pengambilan air yang kurang akan menjejaskan tubuh. Garam meningkatkan rasa dahaga, dan keadaan ini juga menyebabkan paras sodium dalam darah meningkat (hipernatremia). (Apabila ini berlaku) jumlah cecair dalam saluran darah meningkat dan tekanan dalam saluran menjadi tinggi, menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih keras.
"Jika keadaan ini kekal berlaku, individu yang mengalami keadaan ini boleh mengalami kekejangan otot atau sawan dan (malah) koma), " katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 11 2024

Pakar kesihatan dan pakar pemakanan memberitahu, semua garam adalah "hampir sama". - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Presiden Indonesia Prabowo arah henti import beras, garam, gula dan jagung pada 2025
Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengarahkan menterinya untuk menghentikan import beras, garam, gula dan jagung pada 2025.

Kaya galian atau tidak, semua garam 'hampir sama' - Pakar
Apakah garam Himalaya, garam laut Celtic, dan garam mata air, pilihan yang lebih sihat berbanding garam 'meja'atau garam kilang/ garam halus yang biasa digunakan?

Dr Noor Hisham nasihat pihak industri letak label kandungan garam pada produk makanan, minuman
Tinjauan pada tahun 2017 mendapati hanya separuh daripada produk makanan menunjukkan label kandungan garam pada maklumat pemakanan.

Bahaya tambah garam dan gula kepada makanan bayi, boleh memudaratkan kesihatan
Walaupun banyak resipi yang boleh dicuba, tetapi ingat ya! Jangan tambahkan garam atau gula dalam makanan bayi.

COVID-19: Pihak swasta digalak sedia mesin pengimbas suhu badan
Perkara itu dilihat dapat membantu kerajaan mengekang penularan jangkitan COVID-19.

Pengambilan garam kalangan rakyat Malaysia tinggi - Dr Lee
Beliau berkata kajian pengambilan garam populasi Malaysia (My CoSS 2017/2018) mendapati bahawa purata pengambilan garam sehari adalah sebanyak 7.9 gram atau bersamaan dengan 1.6 sudu teh garam.

Ibu dipenjara 30 tahun racun anak dengan garam demi pikat kembali hati suami
Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 30 tahun selepas dipercayai membunuh bayi lelakinya berusia 17 bulan.

Rakyat Malaysia terlebih ambil garam setiap hari
Setiap rakyat Malaysia direkodkan telah terlebih mengambil garam setiap hari, ujar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Pengguna ambil 33 peratus lebih garam daripada sepatutnya - kajian
Kajian dibuat di bandar Lithgow, Australia dengan 400 peserta kaji selidik diperiksa selepas mengambil makanan dalam jangka masa 24 jam.

Bahaya garam hanya mitos?
Kajian di seluruh dunia mendapati purata pengambilan garam ialah 3.95 gram, hampir dua kali ganda kadar yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).