KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa Low Taek Jho atau Jho Low berada di sebalik tabir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana pihak pengurusan syarikat itu sentiasa menerima e-mel berkaitan pelaburan dan pembangunan yang akan dijalankan oleh 1MDB daripada ahli perniagaan dalam buruan itu.
Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail, 57, bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu atas kapasiti apa Jho Low menghantar e-mel tersebut dan tahap penglibatan beliau dalam syarikat itu.
“Apa yang saya dan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB tahu, bahawa Jho Low mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Disebabkan hubungan baik Jho Low dan Datuk Seri Najib, BOD tidak mengabaikan langsung cadangan Jho Low, tetapi apa yang saya lihat dalam BOD, setiap perkara itu mestilah melalui arahan yang betul dan mengikut prosedur,” katanya.
Saksi pendakwaan ke-13 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi setebal 111 muka surat pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.
Ismee berkata, Jho Low juga menggunakan nama Najib dalam percakapan serta cadangannya sebagai 'bos' atau 'PM' dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).
TIA adalah syarikat pelaburan strategik yang kemudian dikenali sebagai 1MDB.
Menurut Ismee, apa yang beliau nampak ketika Jho Low berada dalam Jawatankuasa Pemandu TIA adalah lelaki itu berperanan sebagai penasihat kepada Najib.
“Jho Low hanya dilantik secara rasmi dalam Jawatankuasa Pemandu TIA sahaja dan tiada cadangan untuk melantiknya dalam 1MDB,” katanya.
Ismee berkata, perkenalannya dengan Jho Low adalah ketika pelantikan Jawatankuasa Pemandu di Istana Terengganu pada awal tahun 2009 apabila lelaki itu memperkenalkan diri secara santai kepadanya.
Saksi itu berkata beliau tidak mengetahui atas kapasiti apa Jho Low hadir dalam majlis berkenaan (pelantikan Jawatankuasa Pemandu) tetapi beranggapan dan berpandangan bahawa lelaki itu adalah penasihat kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Ismee juga memberikan contoh bahawa, Jho Low mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak Abu Dhabi dan ia dapat dilihat ketika beliau mengikuti Najib untuk lawatan rasmi ke Abu Dhabi.
“Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat model masjid yang akan dibina di Malaysia atas usaha sama antara syarikat Aabar dengan 1MDB. Semasa lawatan itu, sambutan dari Abu Dhabi yang diberikan kepada Najib adalah tinggi dengan pertunjukan udara tentera dan lain-lain lagi.
“Ada satu ketika, ketika musim haji, Jho Low pernah membantu mendapatkan kuota tempatan haji sebanyak 10,000 orang bagi rakyat Malaysia,” katanya.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung.
Bernama
Wed Nov 17 2021
Mahkamah diberitahu, Jho Low juga menggunakan nama Najib dalam percakapan serta cadangannya sebagai 'bos' atau 'PM' dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA). - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.