PUTRAJAYA: Rakyat di negara ini dinasihatkan agar tidak mengambil mudah mengenai prosedur pendaftaran perkahwinan terutamanya mereka yang berkahwin di luar negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sikap sambil lewa terhadap perundangan negara akan mengundang masalah pada masa akan datang.
"Saya menyeru mereka yang berkahwin dengan warga asing, daftarkan perkahwinan mengikut lunas-lunas perundangan negara," katanya dalam ucapan majlis penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan di kementeriannya dekat sini pada Rabu.
Menurutnya, penganugerahan kewarganegaraan perlu melalui proses yang panjang dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Taraf kewarganegaraan adalah anugerah tertinggi dalam negara dan ianya bukan mudah," katanya.
Pada majlis itu, seramai 28 individu termasuk 19 orang berusia 12 tahun ke bawah diberi Surat Keputusan Kewarganegaraan mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.
Sejak Januari lalu seramai 487 penerima menerima surat tersebut membabitkan 335 penerima Bumiputera, 139 orang bukan Bumiputera dan 13 lagi lain-lain.
"Sejak Januari lalu hingga kini, kita sudah berikan kepada 335 penerima Bumiputera, 139 penerima bukan Bumiputera dan 13 penerima lain-lain,"
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said dan pegawai kanan kementerian.
Hamzah dalam pada itu turut mengingatkan individu tersebut menghargai penganugerahan itu dengan menjunjung Rukun Negara.
"Berpegang teguhlah kepada prinsip negara dan kedaulatan negara perlu dipertahankan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 13 2022

Hamzah menyampaikan Surat Kelulusan Permohonan Taraf Kewarganegaraan kepada Hana Humaira Rafizi Abdullah pada Majlis Penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan di Kementerian Dalam Negeri pada Rabu. - Foto Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Nafi Titah Adendum penderhakaan besar kepada Raja dan Negara - Ketua Pembangkang
Isu Titah Adendum menjadi kepentingan awam dan rakyat mempersoalkan mengapakah ia tidak dilaksanakan, jika telah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, sejak setahun lalu.

Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham seorang negarawan, kami kenang legasinya' - Hamzah
Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi tadi sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada negara.

Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.

Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah
Pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.

Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'
Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.

Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis
Kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah seimbang.

Pembangkang tolak MoU Peruntukan Pembangkang dikemukakan Kerajaan
Penolakan itu dibuat atas empat sebab asas yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Enam ahli Bersatu diserahkan notis terhenti serta-merta hari ini
Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang bermesyuarat pada 7 Jun lepas.

Mesyuarat MPT: Status tujuh wakil Bersatu sokong PM sudah diputuskan
Status enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu yang berpaling tadah dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diputuskan dalam mesyuarat MPT.

Tak boleh sokong PM: 10 ADUN Bersatu Perlis, Terengganu serah Surat Arahan MPT
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan Surat Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).