Kerajaan negeri Melaka melalui Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bekerjasama dengan Badan Islam Semarang, Jawa Tengah, Indonesia dalam mengekang penjualan alas kaki menggunakan helaian kertas mengandungi tulisan al-Quran.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM Rahimin Bani berkata kerjasama berkenaan dicapai hasil lawatannya dan Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan JAIM Muhammad Mawardi Shafai ke Jawa Tengah, Indonesia selama tiga hari bermula 11 Dis lepas.
Beliau berkata dalam kunjungan berkenaan beliau dan Muhammad Mawardi berpeluang ke pejabat pembekal alas kaki berkenaan yang terletak di Kranggan Kecamatan Semarang, Jawa Tengah, Indonesia.
"Kami berjaya mengesan pembekal alas kaki ini melalui maklumat daripada pemborong di Krubong, Melaka dan kami berjaya rampas alas kaki yang ada, hasil aduan dan maklumat orang ramai sebelum ini.
"Di pejabat berkenaan saya berkesempatan berjumpa dengan seorang lelaki berkaitan perusahaan penjualan alas kaki di Indonesia," katanya kepada Bernama.
Pada 1 Dis lepas, Bernama melaporkan bahawa JAIM berjaya merampas lebih 500 keping alas kaki serupa dalam pemeriksaan di sebuah gudang pembekal di Krubong selepas menerima aduan orang awam berhubung alas kaki yang dilapik ayat al-Quran yang tular dalam laman sosial baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Rahimin berkata berdasarkan hasil temu bual dengan warga emas berkenaan, didapati keluarganya mempunyai sebuah gudang besar di Japara, Jawa Tengah, Indoensia kira-kira 70 kilometer dari Semarang.
Beliau berkata lelaki itu mendakwa alas kaki yang dibekalkan syarikatnya diperoleh daripada pembekal alas kaki dari seluruh Indonesia dan mereka tidak menyedari terdapat helaian ayat al-Quran yang digunakan sebagai pelapik pada alas kaki berkenaan.
"Hasil pertemuan dengan pihak pengurusan Islam di Semarang melalui Masjid Agung Jawa Tengah, mereka menyatakan terima kasih kepada kerajaan negeri Melaka yang menyalurkan maklumat berkaitan isu alas kaki mengandungi tulisan ayat al-Quran.
"Isu berkenaan turut berlaku di Indonesia dan mendapat liputan media kerana ia menimbulkan kemarahan penduduk Islam di sana dan pihak kerajaan Indonesia melalui badan pengurusan Islam mereka sedang memantau dan mengekang penjualan alas kaki tersebut di sana," katanya.
Rahimin berkata hasil lawatan itu turut dibentangkan di peringkat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk dibincangkan di peringkat negara anggota Menteri-menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).
Beliau berkata langkah itu bagi mengelak perkara berkenaan berulang dan pihak yang tidak bertanggungjawab perlu dikenal pasti untuk diberi nasihat agar tidak melakukan perkara yang menyentuh sensitiviti agama Islam dan menimbulkan kemarahan umat Islam.
Sementara itu, katanya, peniaga di Krubong yang membeli alas kaki dianggarkan seberat lima tan bernilai lebih RM25,000 akan menyerahkan alas kaki berkenaan kepada pihaknya untuk tujuan pelupusan mengikut kaedah sebenar bagi menjaga kesucian ayat suci al-Quran.
"Berdasarkan maklumat yang diterima daripada pemborong tersebut, kami menerima banyak alas kaki seumpama itu yang dipulangkan oleh peniaga kedai dan kita sangat berterima kasih dengan tindakan mereka.
"Selain itu, orang ramai yang masih menyimpan alas kaki yang berlapikkan ayat al-Quran diminta menyerahkan kepada JAIM untuk dilupuskan," katanya.
Beliau berkata semua alas kaki berkenaan akan dilupuskan dengan cara menanamnya di kawasan yang sesuai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2017

Penemyuan alas kaki yang diperbuat daripada material yang tertera ayat al-Quran menggemparkan pengguna Muslim di negara ini. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lebih 70 peratus murid Tabika Pra-Tahfiz kuasai lebih 10 surah - KP KEMAS
Lebih 70 peratus daripada hampir 60,000 murid Tabika Pra-Tahfiz di seluruh negara berjaya menguasai lebih 10 surah pendek (Juz Amma) al-Quran pada tahun lepas.

Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.

Umat Islam perlu kembali kepada al-Quran sebagai panduan utama - Raja Perlis
Baginda bertitah al-Quran adalah penyelesaian muktamad bagi perbezaan yang mungkin timbul dalam kalangan umat Islam.

Guru agama warga Afrika ditahan rotan anak murid enggan baca al-Quran
Gara-gara enggan membaca al-Quran seperti yang ditunjuk ajar, seorang kanak-kanak lelaki warga Afika berusia 12 tahun dipukul guru agama dengan menggunakan rotan.

MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.

MEDIU tawar biasiswa khas kepada pelajar Malaysia
MEDIU menawarkan dua biasiswa khas untuk pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian di universiti antarabangsa itu bagi pengambilan September.

Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Arab Saudi tawarkan rakyat Malaysia perjalanan lengkap, beribadah serta melancong
Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (STA) memperkenalkan satu siri perubahan untuk menyelaraskan perjalanan rakyat Malaysia, menambah nilai perjalanan mereka ke Kota Suci Makkah dan Madinah.

Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.

Institut pendidikan guru tahfiz Malaysia perlu diwujudkan - Permata al-Quran
Institut itu selain dapat mengajar guru tahfiz ia juga boleh berperanan sebagai hab pendidikan tahfiz di peringkat antarabangsa.