Sikap masyarakat terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini semakin positif apabila semakin ramai menjadikan perbadanan itu sebagai sebuah 'tabung' simpanan pendidikan, dan bukan lagi dilihat sebagai entiti pemberi pinjaman semata-mata.
Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan berkata ini dapat dibuktikan dengan peningkatan dana Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang melonjak dua kali ganda pada suku kedua tahun lepas kepada RM790.93 juta berbanding RM340.94 juta dari Januari sehingga Mei tahun lepas (sebelum Pilihan Raya Umum ke-14).
"Apa yang Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) selalu sebut mengenai pentingnya kita sebagai kerajaan untuk mendidik rakyat ke arah sikap yang lebih positif, ia boleh dibuat sekiranya kita buat dengan cara yang lebih fokus.
"Saya rasa semasa zaman BN (Barisan Nasional) dahulu apa yang ditekankan ialah datang ke pejabat kami (PTPTN) adalah untuk pinjaman. Apa yang orang nampak kepada PTPTN ialah pinjam. Penekanan itu salah bagi saya.
"Sebab itu kita cuba ubah penekanan itu supaya PTPTN dilihat betul-betul sebagai tabung untuk pendidikan," katanya dalam temubual ekslusif bersama Bernama, di Menara PTPTN, di sini.
Wan Saiful menambah sehingga Februari tahun ini kutipan dana simpanan SSPN yang terbahagi kepada dua skim iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus, berjumlah RM4.68 bilion, dan ia mempunyai 3.96 juta akaun pendeposit.
Wan Saiful berkata kutipan deposit SSPN tahun lepas berjumlah RM1.13 bilion yang merupakan tertinggi sejak ia diwujudkan pada 2004 telah menjadi pembakar semangat untuk pihaknya terus meningkatkan kesedaran rakyat untuk menabung demi pendidikan anak-anak mereka, berbanding bergantung kepada pinjaman semata-mata.
Untuk itu, katanya PTPTN menyasarkan RM1 bilion kutipan deposit pada tahun ini, berbanding sasaran RM625 juta tahun lepas dan menurutnya beliau yakin sasaran itu berjaya dicapai dengan bantuan dari pelbagai pihak dalam memupuk sikap masyarakat untuk menabung.
"Pada jangka masa panjang, kalau boleh kita tidak mahu bila pelajar habis belajar di universiti mereka dapat kertas ijazah sekali dengan surat hutang PTPTN. Alangkah baiknya kalau dia boleh dapat ijazah dan bebas hutang," katanya.
Bagi menggalakkan ibu bapa membuka akaun SSPN, PTPTN memberi pelbagai insentif termasuk pelepasan cukai dan Ganjaran Kesetiaan SSPN-i yang menawarkan dividen 0.5 peratus atas simpanan yang dibuat selama empat bulan bermula Januari hingga April, kepada pendeposit yang layak.
Namun, Wan Saiful berpendapat insentif yang diberikan hanyalah bersifat sementara dan yang lebih penting adalah kesedaran rakyat untuk menabung ditingkatkan.
"Kalau ada insentif itu bagus, tetapi kalau tidak ada insentif pun mereka perlu juga menabung untuk masa depan anak-anak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2019
Wan Saiful berkata, PTPTN menyasarkan RM1 bilion kutipan deposit pada tahun ini, berbanding sasaran RM625 juta tahun lepas. - Gambar fail
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tinjauan udara banjir di Terengganu
Bagi melihat tinjauan banjir di Terengganu melalui udara pula.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.