Timbalan Perdana Menteri itu juga berharap agar siasatan tersebut tidak mengganggu sesi perbahasan pembentangan Belanjawan negeri Sabah hari ini dan juga Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelak.
"Saya telah meneliti laporan-laporan media tentang rakaman perbualan tersebut dan mendapati pendirian Hajiji harus menjadi pegangan kepada pemimpin parti lain.
"Sebagaimana kita ketahui penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan berakhir bulan Oktober 2025 nanti, dan kita harus menjangkakan apa juga (boleh) berlaku bergantung kepada hasil siasatan yang diteruskan pihak berkuasa," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Hajiji pada Isnin telah meminta SPRM menyiasat rakaman audio ADUN yang tular dikatakan sedang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit.
Dalam sebuah laporan berita, Hajiji berkata kerajaan negeri sedia beri kerjasama kepada mana-mana pihak khususnya SPRM berkenaan isu berkenaan.
-- BERNAMA