KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengemukakan saman terhadap Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kerana mendakwa Menteri Dalam Negeri itu memfitnahnya mencuri unsur nadir bumi (REE) di Kedah.
Writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan Muhammad Sanusi selaku plaintif melalui firma guaman Tetuan Faizi & Associates di Mahkamah Tinggi Alor Setar, 3 Ogos lalu.
Muhammad Sanusi turut mendakwa defendan yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) itu memfitnahnya menggunakan peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).
Melalui pernyataan tuntutannya, Muhammad Sanusi berkata, Saifuddin Nasution menyampaikan ceramah pada program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah, bertempat di Padang Awam, Guar Chempedak, Yan, pada jam 8.30 malam, 15 Julai lalu.
Ia sempena kempen politik Pakatan Harapan dan Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Kedah (PRN) pada 12 Ogos ini.
Dalam ceramah itu, Muhammad Sanusi mendakwa Saifuddin Nasution mengeluarkan kata-kata fitnah yang menuduhnya selaku Menteri Besar dan Menteri Besar Incorporated (MBI) mencuri REE di Kampung Chong, Sik, yang mendapat liputan luas media.
Beliau mendakwa, kata-kata fitnah itu membawa maksud antaranya, dia adalah seorang pencuri dan terbabit dalam kegiatan kecurian hasil bumi negeri Kedah serta mengkhianati penduduk negeri itu dengan mengaut hasil bagi tujuan kepentingan peribadi dan wang ringgit.
Tambahnya, ia juga membawa maksud dirinya seorang yang korup, tidak beramanah, tidak berintegriti dan tidak boleh dipercayai serta terbabit dalam isu serta permasalahan tatakelola yang serius dalam pentadbiran negeri itu.
Ia juga bermaksud beliau tidak mengambil peduli, tidak mengambil berat, tidak menghormati dan tidak mengendahkan peraturan serta undang-undang yang terpakai berhubung pengeluaran hasil bumi.
Jelasnya lagi, kata-kata fitnah yang disebarkan dan disiarkan oleh Saifuddin Nasution secara terus kepada rakyat negeri Kedah yang hadir pada program itu adalah tidak benar sama sekali.
"Kompaun RM500,000 yang dikeluarkan Pengarah Tanah dan Galian Kedah bukan atas dasar kesalahan saya mencuri unsur nadir bumi tetapi kerana MBI adalah pemegang permit penggunaan ladang hutan.
"Kompaun itu dikeluarkan berikutan tindakan pihak ketiga yang melakukan aktiviti pencerobohan dan kegiatan mencuri unsur nadir bumi di ladang hutan berkenaan.
"Pihak ketiga yang beralamat di Kuala Krai, Kelantan sudah pun menjelaskan kompaun terbabit. Ia tidak pernah ditujukan secara khusus kepada saya," katanya.
Sementara itu, Muhammad Sanusi juga berkata, Saifuddin Nasution turut memberi kenyataan dan menjawab persoalan media selepas hadir pada program Majlis Penyerahan Zakat Wakalah Kementerian Dalam Negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada 14 Julai lalu.
Dalam temu ramah itu, Muhammad Sanusi mendakwa defendan mengeluarkan kata-kata fitnah yang menuduhnya menyalahgunakan peruntukan MARRIS.
Beliau menegaskan bahawa dia tidak pernah menyalah guna atau menggunakan sebarang peruntukan MARRIS bagi tujuan selain daripada yang diperuntukkan di bawah undang-undang yang terpakai sepanjang tempoh menjawat jawatan Menteri Besar.
Menurut Muhammad Sanusi, peruntukan MARRIS yang tidak dibelanjakan masih berada dalam simpanan tetap Kerajaan Negeri Kedah seperti mana dilaporkan dalam penyata kewangan serta diaudit oleh Jabatan Audit Negara.
Katanya, reputasi beliau sebagai seorang pemimpin politik telah tercemar dan tercalar di mata masyarakat umum dan dipandang serong oleh masyarakat dan ahli-ahli politik berikutan dua kenyataan fitnah terbabit.
"Tindakan defendan yang membuat kenyataan fitnah terhadap saya adalah jelas dan nyata sebahagian daripada bahan kempen beliau dan serangan politik bagi memburuk-burukkan Perikatan Nasional supaya ia dapat memberikan kelebihan kepada kempen PH, BN dan PKR dalam PRN Kedah.
"Defendan mempunyai peluang untuk berhubung secara terus dengan saya bagi mendapatkan penjelasan fakta atau melaporkan apa-apa salah laku kepada pihak berkuasa untuk siasatan, sebaliknya memilih untuk mensensasikan perkara ini dengan membuat dakwaan kepada masyarakat tanpa sebarang usul periksa dan tanpa apa-apa bukti.
"Adalah jelas perbuatan defendan berniat jahat yang dirancang untuk memberi kelebihan kepada beliau dan parti politik beliau, tanpa sebarang niat untuk mendapatkan kebenaran dan penjelasan daripada saya mengenai fakta sebenar," katanya.
Sehubungan itu, Muhammad Sanusi menuntut daripada Saifuddin Nasution, antaranya ganti rugi am, teruk dan teladan yang akan ditaksirkan oleh mahkamah, dan perintah injunksi kekal bagi menghalangnya daripada menerbitkan kenyataan fitnah berkenaan.
Astro Awani
Mon Aug 07 2023
![Isu REE: Sanusi saman Saifuddin Nasution Isu REE: Sanusi saman Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691462303_SaifuddinSanusi.jpg)
Muhammad Sanusi (kanan) mendakwa, kata-kata Saifuddin Nasution (kiri) membawa maksud antaranya, dia terbabit dalam kegiatan curi hasil bumi Kedah dan mengkhianati penduduk negeri itu dengan mengaut hasil bagi kepentingan peribadi. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kedah failkan rayuan, pertahan keputusan tutup premis judi Kedah failkan rayuan, pertahan keputusan tutup premis judi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696917662_pertuduhanmenghasut.jpg)
Kedah failkan rayuan, pertahan keputusan tutup premis judi
Muhammad Sanusi berkata, setakat ini notis rayuan telah difailkan ke Mahkamah Rayuan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah pada 24 Jun lalu.
![Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719759401_MuhammadSanusiMdN.jpg)
Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerima kekalahan pasukannya dalam perlawanan persahabatan bola sepak menentang pasukan pilihan Akmal Nasrullah.
![Sultan Kedah sambut baik inisiatif Tahun Melawat Kedah 2025 Sultan Kedah sambut baik inisiatif Tahun Melawat Kedah 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719724482_SultanKedah.jpg)
Sultan Kedah sambut baik inisiatif Tahun Melawat Kedah 2025
Tahun Melawat Kedah 2025 berupaya meletakkan negeri Jelapang Padi itu sebagai destinasi pelancongan unggul, titah Sultan Sallehuddin.
![Akmal Nasrullah teruskan perlawanan bola sepak tanpa Sanusi hari ini Akmal Nasrullah teruskan perlawanan bola sepak tanpa Sanusi hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719702852_AkmalBola.jpg)
Akmal Nasrullah teruskan perlawanan bola sepak tanpa Sanusi hari ini
Pembatalan perlawanan itu berikutan tiada kata akhir yang diterima daripada pihak Muhammad Sanusi.
![PRK Sg Bakap: Sanusi dijangka watak utama PN, PH-BN saling memahami - Penganalisis PRK Sg Bakap: Sanusi dijangka watak utama PN, PH-BN saling memahami - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717886494_tbMuhammadSanusi.jpg)
PRK Sg Bakap: Sanusi dijangka watak utama PN, PH-BN saling memahami - Penganalisis
Sanusi dianggap panglima perang kepada Perikatan Nasional dan pastinya akan membawa isu-isu bersifat nasional.
![Sanusi diminta kerjasama dengan Persekutuan selesai isu air di Kedah Sanusi diminta kerjasama dengan Persekutuan selesai isu air di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710988412_TBMASHUPORANG.jpg)
Sanusi diminta kerjasama dengan Persekutuan selesai isu air di Kedah
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata masalah air di Kedah perlu menjadi keutamaan kepada kerajaan Kedah.
![Dakwaan Sanusi Pulau Pinang pilih kasih agih air ‘mirip hasutan, perkauman’ - Fahmi Dakwaan Sanusi Pulau Pinang pilih kasih agih air ‘mirip hasutan, perkauman’ - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713884221_TBFAHMISANUSI.jpg)
Dakwaan Sanusi Pulau Pinang pilih kasih agih air ‘mirip hasutan, perkauman’ - Fahmi
Menteri Komunikasi membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa wujud diskriminasi dalam agihan bekalan air kepada penduduk Pulau Pinang.
![Pulau Pinang tolak tawaran Muhammad Sanusi Pulau Pinang tolak tawaran Muhammad Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717975521_tbisuair.jpg)
Pulau Pinang tolak tawaran Muhammad Sanusi
Sebaliknya, Chow mengingatkan Muhammad Sanusi agar terlebih dahulu menjaga negerinya yang masih banyak kawasan berdepan masalah bekalan air.
![PN guna semua saluran dekati pengundi Sungai Bakap - Sanusi PN guna semua saluran dekati pengundi Sungai Bakap - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691855041_bendera.jpg)
PN guna semua saluran dekati pengundi Sungai Bakap - Sanusi
Meskipun terdapat kekangan dan sekatan daripada Kerajaan Perpaduan, ia tidak akan melemahkan semangat PN mendekati pengundi.
![MB Kedah tawar Pulau Pinang beli air dari LRA Lubuk Buntar MB Kedah tawar Pulau Pinang beli air dari LRA Lubuk Buntar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717886494_tbMuhammadSanusi.jpg)
MB Kedah tawar Pulau Pinang beli air dari LRA Lubuk Buntar
"(Tetapi) kalau nak beli saya (Kedah) jual, di LRA Lubuk Buntar ada lebihan air bersih di situ dengan suci hati tapi kena beli tak boleh ambil free (percuma) macam Sungai Muda."