KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa segera memberikan lebih banyak pilihan pengangkutan alternatif kepada pengguna yang terjejas susulan penutupan perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya selama tujuh hari bermula Rabu.
Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, selaku kerajaan sementara yang perlu mengambil tanggungjawab, tindakan secara menyeluruh perlu dilaksanakan dengan melibatkan pelbagai pihak berkaitan serta-merta.
Menurutnya, ini kerana apa yang berlaku adalah masalah besar dipercayai melibatkan kira-kira 300,000 pengguna yang terkesan.
"Kerajaan 'caretaker' perlu ada plan komprehensif. Boleh arahkan perkhidmatan tren lain seperti KTM menambah frekuensi perkhidmatan.
"Begitu juga perkhidmatan bas. Bas-bas yang Prasarana sediakan amat sesak pada waktu puncak.
"Jadi kita gesa supaya ambil langkah lebih drastik. Jika tidak cukup, sewa bas lain dan jadikan bas shuttle
"Kementerian Pengangkutan juga sepatutnya perlu panggil dan bincang bersama syarikat e-hailing lihat apa apa alternatif yang boleh dibuat supaya pengangkutan boleh ditambah.
"Jika kerajaan perlu beri subsidi, mereka perlu buat kerana ini melibatkan krisis," katanya dalam sidang akhbar di Stesen LRT Universiti di sini pada Rabu.
Sementara itu, penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, apa yang diutarakan oleh Anthony adalah perkara yang tidak mustahil mampu dilaksanakan selaku kerajaan sementara.
Apatah lagi, apabila Prasarana sendiri tidak mampu memberi jaminan masalah dihadapi akan selesai dalam tempoh tujuh hari.
"Jika kerajaan sementara tidak dapat laksanakan tindakan segera sekarang bermakna mereka tidak bersedia untuk beri khidmat terbaik kepada rakyat jika menang.
"Bagi Lembah Pantai, kita tak boleh tunggu. Jadi saya sedang mengambil langkah berbincang dengan pihak pengangkutan e-hailing untuk sediakan pengangkutan tambahan percuma kepada mereka yang memerlukan di kawasan ini dan berharap bermula esok,"katanya.
Sementara itu, calon PH Parlimen Titiwangsa, Khalid Abdul Samad berkata rakyat tidak seharusnya dibebankan dengan kos tambahan bagi pengangkutan mereka ke tempat kerja disebabkan kegagalan kerajaan menguruskan krisis.
"Hidup masyarakat di Kuala Lumpur amat bergantung kepada kemudahan perkhidmatan LRT. Rakyat tak boleh tanggung kos tambahan walaupun ada alternatif pengangkutan lain," katanya.
Pada Khamis, Rapid KL mengumumkan sebahagian LRT laluan Kelana Jaya digantung operasi selama tujuh hari.
Penggantungan operasi membabitkan 16 stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 10 2022

Pada Khamis, Rapid KL mengumumkan sebahagian LRT laluan Kelana Jaya digantung operasi selama tujuh hari. Penggantungan membabitkan 16 stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dua konsortium disenarai pendek dalam Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh - Loke
Pihak Perbadanan Keretapi (RAC) telah menyenarai pendek dua pembida bagi melaksanakan projek Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh (iRide).

Tiada 'pusingan U' terhadap pelaksanaan VEP - Anthony Loke
Beliau juga memberi peringatan keras terhadap semua kenderaan asing yang masuk ke Malaysia supaya mematuhi undang-undang jalan raya di Malaysia susulan pelaksanaan.

Sektor pengangkutan pamer perkembangan positif, tingkat hasil pendapatan negara
Ia merangkumi semua sektor pengangkutan darat, maritim dan udara meskipun negara berdepan pelbagai cabaran domestik dan antarabangsa.

Kapal Israel tidak dibenar berlabuh Selasa depan - Loke
Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM tidak akan dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Klang seperti dijadualkan pada Selasa minggu depan.

Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.

Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke
Seluruh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu memberikan sokongan kepada Chow untuk menerajui Pulau Pinang hingga habis penggal.

Perbezaan politik tidak halang bincang isu negeri - Anthony
Semua pihak perlu menerima hakikat bahawa landskap politik di Malaysia sudah berubah, kata Anthony.

Jangan manipulasi kehadiran saya pada Persidangan Tahunan DAP - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap kehadiran beliau pada Persidangan Tahunan DAP 2023 hari ini tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.

Toleransi, sederhana dalam politik untuk jadikan Malaysia negara contoh - Anthony Loke
Sikap toleransi dalam bermasyarakat dan mengambil jalan sederhana ketika berpolitik merupakan asas bagi memastikan Malaysia menjadi negara contoh kepada dunia.

PRK: MOT lulus lesen operasi sementara bas Malaysia-Singapura - Loke
Kementerian Pengangkutan meluluskan lesen operasi sementara bas bagi menambah perjalanan ulang alik laluan darat antara Malaysia dan Singapura sempena PRK di Johor.