Hujah agama, yang diguna pakai golongan profesional bukan daripada bidang perubatan dan penjual produk-produk alternatif, mengenai keburukan vaksin adalah antara punca ramai ibu bapa menolak pengambilan vaksin untuk kesihatan anak-anak mereka, kata seorang pakar perubatan kesihatan awam.
Prof Madya Dr Malina Osman dari Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan Universiti Putra Malaysia berkata, ibu bapa yang termakan hujah kedua-dua golongan itu tidak lain hanya akan menyukarkan tugas kerajaan menangani kes penyakit kerintangan vaksin yang direkod meningkat saban tahun.
"Ramai ibu bapa tertipu dengan hujah antivaksin oleh golongan berpendidikan namun bukan daripada bidang perubatan, mereka ini datang dari kepelbagaian latar belakang pengetahuan yang ditimba di luar dan dalam negara menyebabkan fakta-fakta kritikal berkaitan isu perubatan disalah tafsir (contohnya data berkaitan statistik dan inferen sesuatu penyelidikan) membuatkan masyarakat memandang vaksin membawa keburukan.
"Ini termasuklah hujah dipakai golongan penjual tidak bertauliah yang mempopularkan produk alternatif vaksin di pasaran, dan tak dinafikan di situ wujud unsur-unsur perniagaan yang mengutamakan keuntungan disandarkan atas nama kesihatan.
"Jika kita tengok di sebuah negara jiran sebelum ini, wujud sindiket penjualan vaksin palsu, jadi kita perlu ambil iktibar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang berkata wujud kumpulan dan individu yang menggunakan pelbagai platform termasuk media sosial untuk menyebarkan berita palsu mengenai keburukan vaksin terhadap orang ramai, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, baru-baru ini.
Tambah Dr Malina, golongan antivaksin cenderung menggunakan hujah agama seperti isu penggunaan bahan tidak halal, sedangkan isu berkenaan telah lama diatasi menggunakan teknik kejuruteraan sel yang menghasilkan vaksin tanpa penglibatan haiwan yang haram di sisi syarak.
"Mereka cenderung mengklasifikasikan sebahagian besar bahan digunakan dalam vaksin berasal daripada bahan bertoksik dan haiwan yang haram di sisi syarak, walhal anggapan itu tanpa asas bukti penyelidikan yang kukuh.
"Kesemua vaksin yang dihasilkan perlu melalui sistem penghasilan yang ketat serta didokumenkan setiap proses, dos dan kesan sampingannya. Ujian klinikal melibatkan ribuan responden dari pelbagai kawasan geografi dan ia terbukti menghasilkan antibodi melawan penyakit berbahaya dengan izin Tuhan," katanya.
Tambah beliau, pendekatan terhadap perubatan bagi penganut beragama Islam perlulah menepati kaedah ditetapkan syarak antaranya mendahulukan kepentingan nyawa, yang penggunaan vaksin terbukti mampu melawan penyakit berbahaya seperti campak, batuk kokol dan tetanus atau penyakit kejang urat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 01 2019

Dr Malina berkata, semua vaksin yang dihasilkan perlu melalui sistem penghasilan yang ketat serta didokumenkan setiap proses, dos dan kesan sampingannya. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

PRN: MUDA pilihan alternatif tapi sukar bawa impak - Penganalisis
Kehadiran MUDA dalam PRN memberikan alternatif kepada pengundi tetapi sukar memberi kesan kepada keputusan pilihan raya berkenaan.

Kerajaan kena cari jalan cukupkan bekalan, rakyat tak banyak pilihan - CAKE
Pengguna sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan atau alternatif, dan kerajaan perlu menumpukan usaha terhadap mencukupkan bekalan, mengawal harga serta kualiti bahan.

Penternak ayam kampung tidak menang tangan
Pengguna mula beralih kepada ayam kampung sebagai alternatif, memandangkan ia mudah diperoleh.

Semak SOP untuk situasi krisis luar jangka, tambah alternatif sumber air baharu
SOP itu akan membolehkan SATU bertindak dengan lebih teratur dan menggunakan semua alternatif yang ada untuk membekalkan air bersih.

Jangan main politik, rakyat lega dengan jaminan Hishammuddin - Penganalisis politik
Jaminan 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein benar-benar melegakan rakyat.

Jual produk ganti vaksin antara objektif kumpulan antivaksin
Mereka mahu menjual produk-produk yang didakwa menggantikan vaksin COVID-19 seperti Vitamin C, Magnesium atau pelbagai jenis minyak.

Kolam takungan di setiap daerah atasi masalah banjir di Sabah - Bung Moktar
Ia menjadi tempat menyimpan air alternatif untuk digunakan apabila berlaku gangguan bekalan apabila berlakunya banjir atau musim kemarau.

Puspakom Cheras ditutup sementara berikutan penularan COVID-19
Puspakom Sdn Bhd cawangan Cheras ditutup sementara bermula esok hingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak selepas seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.

Piala Malaysia: MKN perlu perhalusi semula keputusan, kata Ahli Parlimen
Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu perhalusi semula keputusan untuk tidak membenarkan saingan Piala Malaysia 2020 dilangsungkan.

Tiba masanya jadikan air bawah tanah, alternatif sumber air mentah negara
Ishak Hasnan berkata sudah tiba masanya LRA dilengkapi dengan sumber air mentah alternatif yang lebih terjamin bebas daripada pencemaran yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada air sungai.