KUALA LUMPUR: Kehadiran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) memberikan alternatif kepada pengundi terutamanya pengundi belia bawah 40 tahun tetapi sukar memberi kesan kepada keputusan pilihan raya berkenaan, kata penganalisis politik.
Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Azmil Mohd Tayeb berkata penglibatan parti MUDA dalam PRN ini mampu menjadi gelombang ketiga selain memberi pilihan kepada pengundi "atas pagar".
"Trend pengundi sekarang ini, mereka (pengundi) mahukan sebuah parti yang mempunyai nilai-nilai yang memperjuangkan hak sama rata untuk semua kaum, tidak kira pengundi muda atau tua. Saya melihat MUDA mampu menjadi alternatif kepada mereka," katanya kepada Bernama.
Walau bagaimanapun, Azmil berkata MUDA sukar memberi saingan sengit kepada parti besar iaitu Pakatan Harapan-Barisan Nasional dan Perikatan Nasional kerana sistem politik di negara ini.
Dalam PRN kali ini, MUDA yang dibarisi seramai 19 calon merangkumi 14 calon akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, diikuti tiga di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan serta Terengganu masing-masing (satu).
Menurut data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, seramai 9,773,571 pengundi berdaftar di enam negeri dan daripada jumlah tersebut sebanyak 50 peratus merupakan golongan belia bawah 40 tahun.
Azmil berkata MUDA yang kini membawa gerakan "politik baharu" kepada pengundi di kawasan yang ditandingi dengan memperlihatkan gabungan bersama Parti Sosialis Malaya (PSM) yang sangat dikenali dengan perjuangan hak rakyat tanpa mengambil kira bangsa dan agama.
"Mereka (MUDA) nampak giat membuktikan nilai-nilai politik baharu melalui manifesto, media sosial dan ceramah. Melalui politik baharu itu juga, MUDA turut mampu memberi tekanan kepada calon-calon lain apabila parti itu tampil lebih neutral dengan idea pengisytiharan harta yang tidak dilakukan oleh mana-mana parti," katanya.
"MUDA juga mengetengahkan isu-isu yang tidak diberi perhatian seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), hak pendidikan dan lain-lain," katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohd Mahadee Ismail berkata parti tersebut perlu mempunyai 5M iaitu money, machinery, social media, manifesto and manipulation (wang, jentera, media sosial, manifesto dan manipulasi) yang merupakan faktor penting sesebuah kejayaan parti politik.
"Bagi saya setiap calon yang bertanding mereka sudah ada wang yang merupakan peruntukan untuk mengerakkan kempen seperti memasang bunting, bayaran kepada jentera dan khemah untuk berkempen dan sebagainya.
"Bagi jentera pula mereka belum mempunyai akar umbi yang kuat kerana BN, Pas dan PKR mengambil berbelas tahun untuk bangunkan jentera yang kuat malah Bersatu juga belum kukuh kerana kebanyakan mereka bergantung kepada jentera-jentera Pas," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata bagi media sosial pula, MUDA mempunyai kelebihan kerana parti itu sendiri berkembang melalui media sosial dalam membawa isu-isu rakyat mahupun menyebarkan manifesto mereka.
Mohd Mahadee berkata manifesto MUDA turut merangkumi setiap lapisan masyarakat di tempat mereka bertanding namun keberhasilan manifesto tersebut bergantung kepada penyampaian parti itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 11 2023

MUDA mempunyai kelebihan kerana parti itu sendiri berkembang melalui media sosial dalam membawa isu-isu rakyat mahupun menyebarkan manifesto mereka.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.