KUALA LUMPUR: Menjual produk yang kononnya mampu menjadi alternatif kepada vaksin adalah antara objektif kumpulan antivaksin di Malaysia untuk terus menentang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Pegawai Perubatan Columbia Asia Hospital, Dr S.Malar Santhi berkata apabila kumpulan antivaksin berjaya membuatkan orang ramai keliru mengenai vaksin, maka mereka boleh menjual produk-produk yang didakwa menggantikan vaksin COVID-19 seperti Vitamin C, Magnesium atau pelbagai jenis minyak.
"Selain itu, kumpulan antivaksin di negara ini juga seakan-akan mendapat satu kepuasan apabila mereka berjaya mempengaruhi individu lain supaya menolak vaksin.
"Itu antara manfaat yang mereka perolehi berdasarkan pemerhatian saya," katanya menerusi program Malaysia Petang Ini bertajuk 'Vaksinasi negara akan berjaya' terbitan Bernama TV di sini, hari ini.
Dr Malar Santhi yang merupakan antara pakar pegawai perubatan aktif di media sosial, turut menjelaskan kebanyakan individu yang menolak vaksin tidak mempunyai hujah atau maklumat yang munasabah dan berasas, malah bertentangan dengan ilmu sains.
Beliau yang percaya program vaksinasi negara akan berjaya, menyeru semua rakyat Malaysia agar berlapang dada mendapatkan vaksin COVID-19 kerana petugas barisan hadapan dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri akan mendapat suntikan vaksin COVID-19 terlebih dahulu dan ia akan membina keyakinan rakyat di negara ini.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilaksanakan dalam tiga fasa bermula esok, dengan Fasa 1 dari Feb hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang.
Fasa 2 pula dari April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya melibatkan 9.4 juta orang, manakala Fasa 3 dari Mei 2021 hingga Feb 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas - warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 23 2021

Apabila orang ramai keliru mengenai vaksin, mereka boleh menjual produk yang didakwa menggantikan vaksin COVID-19 seperti Vitamin C, Magnesium atau pelbagai jenis minyak. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Lelaki dakwa kematian ibu jadi modal antivaksin sebar dakyah palsu
Mohamad Faeez mendakwa golongan antivaksin memfitnah ibunya menggunakan kerusi roda selepas menerima suntikan vaksin.

Rayuan visa ditolak, Djokovic berlepas dari Australia
Pesawat yang membawa bintang tenis nombor satu dunia itu berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada Ahad 10.30 malam.

COVID-19: Rusia tangguh kuat kuasa sekatan tidak popular
Keputusan itu dibuat walaupun berlaku wpeningkatan kes harian dan amaran yang dikeluarkan berhubung penularan varian Omicron.

Kerana hormatkan suami, Ellie Suriaty akhirnya terima vaksin
Pelakon Ellie Suriaty nafi dia seorang yang antivaksin, cuma persoal keberkesanan vaksin.

Isu tular: Guru antivaksin diasingkan, tunggu siasatan lengkap
Orang ramai diminta supaya tidak memperbesarkan perkara itu, dan perlu menunggu laporan hasil siasatan dijalankan.

COVID-19: Jerman mula hadkan akses kepada golongan antivaksin
Parlimen Jerman dikatakan akan mengundi rang undang-undang baharu bagi sekatan COVID-19 yang dirangka oleh parti-parti yang dijangka membentuk kerajaan seterusnya di negara itu.

'Kumpulan antivaksin, jangan guna haka kami!' - Amaran suku kaum Maori
Suku Ngati Toa menyelar penggunaan haka Ka Mate untuk mendesak dan mempromosi mesej antivaksin.

COVID-19: Greece kenakan sekatan lebih ketat terhadap golongan antivaksin
Mereka yang enggan menerima vaksin diwajibkan untuk membuktikan keputusan ujian saringan negatif sebelum memasuki semua premis awam.

Usaha mengatur pertemuan KKM dengan kumpulan antivaksin belum berhasil
Cadangan untuk mengadakan perjumpaan tersebut adalah bagi memberikan penerangan berkaitan kepentingan pengambilan vaksin.

Kakitangan MBPP, MBSP enggan divaksin berdepan ditamatkan perkhidmatan
Kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 akan dikenakan tindakan tatatertib.