IPOH: Siasatan penuh masih dijalankan bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung isu tular seorang lelaki yang mendakwa sebagai guru, diasingkan di bilik simpanan stor tukang cuci oleh pihak sekolah di sini, kerana belum menerima vaksin COVID-19.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mah Hang Soon berkata, orang ramai diminta supaya tidak memperbesarkan perkara itu, dan perlu menunggu laporan hasil siasatan dijalankan oleh kementerian bersama pihak-pihak berkaitan.
"Pada saya elok jangan kita uar-uarkan perkara ini kerana akan menjadikan keadaan bertambah keruh. Jangan buat spekulasi dan tunggulah laporan penuh," katanya yang juga Timbalan Presiden MCA, selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan MCA Perak, di sini hari ini.
Rabu lepas, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak Ahmad Saidi Mohamad Daud dilaporkan berkata hasil siasatan penuh dan terperinci oleh Jabatan Pendidikan Negeri, telah dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan.
Dalam pada itu, Mah berkata, kerajaan sentiasa menjaga kebajikan semua pihak khususnya murid dan guru ketika berada di sekolah, bagi sesi pembelajaran secara bersemuka.
"Mengenai guru belum sedia divaksinasi atau antivaksin serta mereka yang kita telah dikenal pasti tidak menerima vaksin, kita masih menunggu arahan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) berhubung tindakan yang boleh diambil.
"Bukan mudah hendak menjaga kebajikan guru, keutamaan kita juga kepada kebajikan guru lain yang telah lengkap vaksinasi dan murid," katanya.
Sementara itu, video berdurasi lebih seminit yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok itu menunjukkan lelaki berkenaan meluahkan rasa kesal atas layanan yang diberi, dan mendakwa pada awalnya dia ditempatkan di stor pendidikan jasmani sebelum ditukarkan ke stor tukang cuci yang berdindingkan zink, atas alasan ia merupakan kawasan laluan dan mempunyai banyak peralatan sukan.
Lelaki itu juga mendakwa bilik stor tukang cuci itu hanya mempunyai meja dan kipas, tetapi tidak mempunyai kerusi serta plag untuk kegunaan komputer riba.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 27 2021
Mah berkata, kerajaan sentiasa menjaga kebajikan semua pihak khususnya murid dan guru ketika berada di sekolah. - Bernama
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
BAM ucap terima kasih kepada SPRM, komited tingkat aspek tadbir urus
BAM nyatakan komitmen untuk meningkatkan aspek tadbir urus persatuan itu dengan menerima dan melaksanakan cadangan yang dikemukakan SPRM.
Polis siasat dua kes penipuan bernilai lebih RM2.3 juta
Polis sedang menyiasat dua kes penipuan membabitkan pembekalan produk kecantikan dan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Nahas Jeju Air: GE Aerospace sertai siasatan
Enjin pesawat tersebut dihasilkan oleh CFM International, usaha sama antara GE Aerospace dan Safran.
Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirakam keterangan kes kematian kucing
Sebelum ini, Kelab Kucing Malaysia meminta siasatan terhadap kes kematian kucing di UM dijalankan secara terperinci.
Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Gangguan seksual: Zambry arah UM laksana siasatan segera
Arahan juga dikeluarkan supaya UM tidak mengambil ringan kes tersebut, bagi memastikan kes itu benar-benar mendapat keadilan.
Akta 588: Beri moratorium ke atas apa-apa siasatan, pendakwaan - Syahredzan
Ia sementara menunggu proses perkenan diraja, pewartaan dan penentuan tarikh kuatkuasa bagi pindaan-pindaan tersebut.
Polis siasat video tular lelaki hisap rokok di stesen minyak, memandu secara berbahaya
Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
Kes anggota Palapes UiTM meninggal dunia: Polis rakam keterangan 34 individu setakat ini
Polis telah merakam keterangan 34 individu bagi membantu siasatan kes kematian pelajar anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi MARA (UiTM) bulan lepas.