PUTRAJAYA: Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berkata Pendakwa Raya tidak terikat untuk memberikan sebarang alasan kepada mana-mana pihak terhadap keputusannya untuk menghentikan pertuduhan terhadap orang yang dituduh.
Beliau berkata Pendakwa Raya mempunyai hak untuk memulakan dan menghentikan pertuduhan jenayah di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
"Peranan Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya ditetapkan dengan baik dan dilindungi di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
"Budi bicara pendakwaan untuk memulakan dan menghentikan pertuduhan jenayah adalah pelaksanaan budi bicara yang sah oleh Pendakwa Raya selepas meneliti semua keterangan yang dikemukakan oleh badan penyiasatan dan juga mengambil kira keperluan undang-undang dan prosedur," katanya semasa berucap di Majlis Pembukaan Tahun Undang-undang 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Beliau berkata Pendakwa Raya mesti dibenarkan untuk melaksanakan tugasnya dengan baik dalam lingkungan Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana undang-undang bertulis, tanpa campur tangan luar yang tidak perlu, dan semua pihak berkepentingan, mesti memahami serta menghormati hak prerogatif Pendakwa Raya, dan mesti bertindak adil terhadap semua pihak tanpa bersikap selektif terhadap perkara-perkara tertentu.
Ahmad Terrirudin seterusnya berkata ia juga termasuk berkaitan perkara-perkara yang kelihatan remeh, kerana Jabatan Peguam Negara (AGC) masih perlu bertindak balas terhadap setiap perkara secara profesional.
"Bagaimanapun, saya benar-benar mengiktiraf dan menghargai peranan Badan Peguam Malaysia dalam persaudaraan undang-undang kami, dan saya tidak ragu-ragu untuk bekerja secara progresif dengan Badan Peguam Malaysia dalam pelbagai perkara undang-undang, bagi meningkatkan dan menambah baik sistem perundangan kita," katanya.
Ahmad Terrirudin berkata AGC telah berjaya mempertahankan kepentingan kerajaan dan mencapai beberapa kejayaan dalam kes-kes berkaitan kepentingan awam, termasuk petisyen pilihan raya dan saman melibatkan individu berprofil tinggi.
"Kadar kejayaan yang tinggi dalam mempertahankan kes-kes ini adalah disebabkan komitmen kerajaan dalam menegakkan Kedaulatan Undang-undang dan mengendalikan jentera kerajaan seiring dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain sedia ada.
"Saya ingin menyebut, AGC sentiasa memainkan peranan penting dalam memastikan dasar kerajaan hari ini diterjemahkan dengan baik ke dalam badan perundangan bagi mencapai objektif yang dihasratkan," tambahnya.
Sementara itu, Ahmad Terrirudin berkata menyalahgunakan dan memanipulasi isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) mempunyai kecenderungan mengganggu dan membahayakan kehidupan rakyat serta keselamatan negara.
"Kita sedar mengenai bahaya penyalahgunaan dan manipulasi isu berkaitan 3R. Oleh itu, saya tidak akan teragak-agak untuk membawa mana-mana pesalah ke muka pengadilan dan mengambil tindakan tegas, pastinya tertakluk kepada bukti, untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman di negara ini, termasuk menggunakan Akta Hasutan 1948 dan mana-mana undang-undang bertulis lain (jika perlu) ," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024
Ahmad Terrirudin berkata, Pendakwa Raya mempunyai hak untuk memulakan dan menghentikan pertuduhan jenayah di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. - Gambar/ Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
MDDM terima lebih 200 aduan individu guna gelaran, darjah palsu
Majlis Datuk Dato' Malaysia (MDDM) menerima lebih 200 laporan dan aduan berkaitan penyalahgunaan anugerah dan darjah kebesaran palsu dan yang tidak diiktiraf sejak dua tahun lepas.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Agong terima menghadap Peguam Negara baharu
Menerusi hantaran di Facebook baginda, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Negara pada Selasa.
Parlimen: Kajian empirikal asing peranan AG, Pendakwa Raya akan ambil masa - Azalina
Azalina berharap satu laporan interim berkaitan status pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dapat dimasukkan dalam kajian empirikal berkaitan perkara itu pada tahun depan.
Op Global: 22 individu termasuk Nasiruddin akan didakwa esok
Seramai 22 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd, Datuk Nasiruddin Mohd Ali akan dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang, pada Rabu.
Akta Pembaharuan Semula Bandar pastikan hak, kepentingan pemilik hartanah dilindungi
Penggubalan PSB mampu memastikan pembangunan yang dilaksanakan adalah lebih terancang dan inklusif dengan prinsip leave no one behind, termasuk dalam melindungi hak pemilik hartanah yang terkesan.
[KOLUMNIS] Kemajuan berterusan MA63, langkah proaktif perkukuh hak Sabah dan Sarawak
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan satu tonggak penting dalam sejarah pembentukan negara Malaysia dalam memberikan hak dan autonomi khusus kepada negeri Sabah dan Sarawak.
Enam lagi ahli GISB akan didakwa di Johor pada Ahad
Enam lagi individu dipercayai ahli (GISB) akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor atas kesalahan jenayah seksual dan pemerdagangan manusia, pada pagi Ahad.
Siasatan kes GISB komprehensif, libatkan pelbagai peruntukan undang-undang
Siasatan polis terhadap kes GISB dijalankan secara komprehensif dari pelbagai sudut peruntukan undang-undang.