KUALA LUMPUR: Hampir 2,000 penganut Kristian berkumpul di 'Cathedral of St John' di sini malam tadi bagi menghadiri upacara misa dan berdoa sempena sambutan Hari Krismas.
Paderi Paroki gereja berkenaan Gerard Steve Theraviam berkata orang ramai mula tiba sejak 6.30 petang lagi untuk upacara itu sebagai memperingati kelahiran Jesus.
"Kita baharu sahaja buat misa yang pertama khas untuk kanak-kanak dan ibu bapa yang hadir pada 7 malam. Misa yang kedua untuk mereka yang lebih tua pada 9 malam dan seterusnya pada 11 malam," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata penganut Kristian yang hadir semalam diingatkan untuk sentiasa bersyukur dan mengingati rakyat di Palestin yang sedang menderita akibat serangan rejim Zionis Israel.
"Kita juga perlu mengingati mereka yang kurang berkemampuan dan mereka yang berada di tempat tiada keamanan," katanya.
Sementara itu, pengunjung gereja, Dickson Liew, 19, berkata beliau bersama keluarganya yang datang dari Teluk Intan, Perak, gembira dapat mengunjungi rumah ibadat yang telah berusia 68 tahun itu.
"Saya dan keluarga sangat gembira sebab dapat datang ke sini. Pada tahun ini, kami buat sedikit kelainan dengan menyambut Krismas di sini (Kuala Lumpur)," katanya.
Alice Tan, 37, pula berkata beliau teruja dapat hadir ke gereja berkenaan yang dibuka semula semalam setelah ditutup sejak Februari lepas kerana kerja-kerja ubah suai.
"Saya gembira apabila dapat tahu gereja ini dibuka semula kerana sebelum ini saya selalu datang ke sini untuk menyertai kerja-kerja kebajikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 24 2023

Penganut Kristian mengikuti upacara keagamaan pada Sambutan Malam Hari Natal ketika tinjauan di Gereja Cathedral of St John, Kuala Lumpur, malam tadi menjelang sambutan perayaan terbabit hari ini. -- fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Polis terima 182 laporan terhadap Hannah Yeoh
Polis menerima 182 laporan dibuat terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hanna Yeoh yang didakwa berhasrat memurtadkan umat Islam.

21 terbunuh di bandar majoriti Kristian di utara Lubnan
Setakat ini tumpuan utama operasi ketenteraan Israel di Lubnan adalah di selatan, Lembah Bekaa di timur dan pinggir bandar Beirut.

Krismas yang tiada erti bagi orang Kristian di Gaza
Keluarga itu berkata mereka tidak memasang pokok Krismas dan tidak dapat mengunjuni gereja untuk acara keagamaan tahun ini.

Hampir 2,000 penganut Kristian hadir ke Cathedral of St John rai Krismas
Penganut Kristian yang hadir diingatkan untuk sentiasa bersyukur dan mengingati rakyat di Palestin yang sedang menderita.

Polemik Ashabul Kahfi berpunca faktor istilah
Isu al-Kahfi tidak sepatutnya menjadi polemik yang membingitkan sekiranya ia ditangani dengan tenang dan dinilai dengan hati yang jernih dan niat yang ikhlas untuk menemui kebenaran.

Pengharaman buku homoseksual ikut undang-undang - AGC
"Pengharaman buku 'Gay is Okay! A Christian Perspective' oleh KDN adalah sejajar dengan peruntukan undang-undang dan telah melalui prosedur yang betul.

Kalimah Allah: KDN digesa beri penjelasan - Akmal
Penjelasan yang tepat dan tuntas perlu diberikan kepada rakyat kerana isu itu melibatkan soal kesucian agama.

Easter disambut meriah dengan pematuhan SOP
Ia selepas dua tahun sambutan itu tidak dapat diadakan di gereja susulan penularan pandemik COVID-19 sejak Mac 2020.

Kalimah Allah: Tiada larangan buat penganut Kristian di Sarawak
Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus mempertahankan dan memelihara toleransi beragama di Sarawak.

Isu kalimah Allah: Polis kenal pasti individu sebar kenyataan berbaur hasutan
Siasatan telah dijalankan pihaknya Sabtu lepas terhadap pemilik akaun Facebook Mujahidah Malaysia.