PUTRAJAYA: "Pengharaman buku 'Gay is Okay! A Christian Perspective' oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), adalah sejajar dengan peruntukan undang-undang dan telah melalui prosedur yang betul," kata Jabatan Peguam Negara (AGC) di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Khamis.
Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly menghujahkan demikian ketika prosiding rayuan KDN dan Kerajaan Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 22 Februari 2022 lalu, yang membenarkan permohonan semakan kehakiman difailkan penulis buku terbabit, Ngeo Boon Lin dan penerbitnya, Chong Ton Sin.
Semasa hujahan di hadapan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Azizah Nawawi bersama Datuk M Gunalan dan Datuk Wong Kian Kheong, Ahmad Hanir berkata, setelah KDN dan kerajaan meneliti kandungan buku itu, sebahagian petikannya menunjukkan ia berkemungkinan bersifat prejudis kepada ketenteraman, kepentingan awam dan moral.
Beliau berkata, homoseksualiti dianggap tidak bermoral dan tidak diterima oleh masyarakat umum di negara ini.
Sekiranya timbul isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) beliau berkata, berlaku bantahan dan gesaan terhadap kerajaan supaya mengambil tindakan, malah berkemungkinan mengundang perhimpunan secara besar-besaran.
“Cara hidup homoseksual adalah dilarang oleh semua agama termasuk Islam, Kristian, Buddha dan Hindu."Ia dilihat menerusi penolakan terhadap homoseksualiti oleh masyarakat umum yang juga berbilang agama di negara ini," katanya.
Pada 18 Disember 2020, KDN telah mewartakan perintah larangan terhadap dua penerbitan, antaranya adalah buku 'Gay is OK! A Christian Perspective' di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, berkuat kuasa 27 November 2020.
Bagaimanapun, pada 22 Disember 2022, penerbit dan penulis buku itu berjaya membatalkan perintah Menteri Dalam Negeri yang mengharamkannya.
Mahkamah mendapati, tiada bukti dan asas fakta undang-undang terhadap justifikasi menteri yang menjadi asas dalam perintah larangan itu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noorin Badaruddin berkata, mesti diingat bahawa kandungan buku berkenaan adalah berkaitan homoseksual daripada sudut perspektif agama Kristian. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 18 2023

"Pengharaman buku 'Gay is Okay! A Christian Perspective' oleh KDN adalah sejajar dengan peruntukan undang-undang dan telah melalui prosedur yang betul," kata Jabatan Peguam Negara. - Fail/Bernama
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam beberapa bidang utama. Ia termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan sejajar keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan keterangkuman dan kemampanan.
Vietnam kaji semula duit terhadap barangan AS
Vietnam sedang mengkaji semula duti terhadap barangan Amerika Syarikat termasuk gas asli cecair, produk pertanian, dan produk teknologi tinggi.
Thailand perlu turunkan cukai import ke atas barangan AS
Sebuah Kumpulan perniagaan Thailand menggesa Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra untuk berunding dengan Amerika Syarikat bagi menurunkan cukai import ke atas barangan dari negara barat itu
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.

Salah identiti: Mahkamah benar wang jaminan RM1 juta dikembalikan kepada ahli perniagaan
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan warga Indonesia agar wang RM1 juta yang dibayar sebagai jaminan dikembalikan kepadanya.
Desas-desus Sri Mulyani letak jawatan tidak benar
Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati belum ada cadangan untuk meletak jawatan dari Kabinet Prabowo, kata Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Indonesia, Sufmi Dasco Ahmad
Pakar PBB beri amaran krisis makanan di Myanmar semakin parah
Myanmar berdepan krisis makanan pada tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dengan keadaan yang semakin merosot menjejaskan hak asasi manusia di seluruh negara itu, menurut PBB.h

Pengharaman buku homoseksual ikut undang-undang - AGC
"Pengharaman buku 'Gay is Okay! A Christian Perspective' oleh KDN adalah sejajar dengan peruntukan undang-undang dan telah melalui prosedur yang betul.