TAWAU: Sambutan Hari Paskah atau Easter di Tawau, Sabah diraikan oleh penganut agama Kristian dengan meriah dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).
Ia selepas dua tahun sambutan itu tidak dapat diadakan di gereja susulan penularan pandemik COVID-19 sejak Mac 2020.
Rektor Gereja Saint Patrick Tawau, Bishop John Yeo berkata, jemaah gereja sangat gembira kerana Hari Paskah kembali dapat diadakan di gereja meskipun masih mengamalkan SOP.
Menurutnya, di sebalik kelonggaran SOP oleh kerajaan, namun pihak pengurusan gereja masih mengamalkan penjarakan sosial satu meter antara kerusi dengan menyediakan dua unit bangunan ibadah untuk menampung kira kira 2,000 jemaah.
"Mereka datang satu jam lebih awal kerana semua protokol SOP harus dilakukan dahulu sebelum mereka diizinkan masuk ke gereja.
"Semua anggota juga sangat bersukacita dan ramai yang datang kembali ke gereja untuk bersembahyang bersama dan kehadiran hari ini seramai 2,000 lebih. Kalau sebelum pandemik apabila kami buka dua bangunan sembahyang boleh menampung 3,500 hingga 4,000 jemaah," katanya.
Sementara itu, kalangan jemaah gereja yang ditemui gembira kerana dapat meraikan perayaan Paskah di gereja.
"Sangat menyentuh perasaan apabila semua boleh datang ke gereja bersama dan gereja mengawal kapasiti kerusi sudah tentu mematuhi SOP satu meter.
"Perayaan ini sangat penting bagi kami umat Kristian datang ke gereja untuk mengikuti sembahyang supaya kami berkongsi kasih bersama keluarga kami dan bersembahyang bersama dalam gereja," kata pelajar IPTA, Azarel Samamadin.
Bagi peniaga Emy Tandi, segala SOP tetap dipatuhi jemaah termasuk mengimbas aplikasi MySejahtera sebelum memasuki kawasan gereja serta pemakaian pelitup muka.
"Kami rasa gembira senang hati dapat menyambut perayaan ini bersama jemaah dan keluarga.
"Kami terus mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan iaitu sebelum kami masuk gereja kami mengimbas MySejahtera dan sentiasa pakai pelitup muka," katanya.
Untuk rekod, walaupun dua unit bangunan gereja tersebut mampu menampung sehingga 4,000 jemaah dalam satu satu masa, namun gereja berkenaan hanya menerima 2,500 kehadiran untuk mengekalkan penjarakan sosial.
Petrus Bernard
Sun Apr 17 2022

Pihak pengurusan gereja masih mengamalkan penjarakan sosial satu meter antara kerusi dengan menyediakan dua unit bangunan ibadah. - Astro AWANI
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

PM Anwar ucap selamat raikan Good Friday dan Easter
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada rakyat Malaysia yang meraikannya.

Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru
Beliau mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini namun disahkan negatif COVID-19.

Easter disambut meriah dengan pematuhan SOP
Ia selepas dua tahun sambutan itu tidak dapat diadakan di gereja susulan penularan pandemik COVID-19 sejak Mac 2020.

Ismail Sabri ucap selamat raikan Good Friday, Easter dan Vishu
Beliau berkata Malaysia meraikan kebebasan beragama dan kepelbagaian sebagai sebuah keluarga besar dan saling menghormati antara satu sama lain.

Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Good Friday dan Easter
Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar mereka yang menyambut perayaan itu dilimpahi kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan.

Jacinda Ardern mula rancang tarikh perkahwinan
Bercakap dalam temu bual bersama The AM Show pada Isnin, Ardern berkata ia 'sudah sampai masanya' untuk beliau dan Gayford meneruskan perancangan perkahwinan mereka.

Tragedi Sri Lanka: 3 pewaris jutawan fesyen Denmark disahkan terkorban
Memetik agensi berita antarabangsa, berita sedih itu disahkan oleh jurucakap kumpulan peruncitan pakaian, Bestseller, pada Isnin.