KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti pemilik akaun sebuah laman sosial yang dilihat cenderung menghasut orang ramai menentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Huzir Mohamed berkata siasatan telah dijalankan pihaknya Sabtu lepas terhadap pemilik akaun Facebook Mujahidah Malaysia yang mengeluarkan beberapa kenyataan mempertikaian keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penggunaan kalimah Allah.
Menurutnya, kenyataan yang dibuat menerusi video berdurasi 12 minit 34 saat itu bersifat menghasut dasar agama dan perkauman.
"Suspek bagi kes ini telah dikenal pasti dan akan hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan.
BACA: Resolusi isu kalimah Allah dimuktamadkan esok - Zulkifli
BACA: Kerajaan fail rayuan keputusan kes kalimah 'Allah'
BACA: Perjelas isu kalimah 'Allah' dalam konteks perundangan - Penganalisis
Huzir turut menggesa orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform berkenaan sehingga boleh mendatangkan kegusaran serta menggangu gugat keharmonian negara.
Jelasnya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengancam ketenteraman dan keselamatan awam.
Pada 10 Mac lepas, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah “Allah” dan tiga perkataan Arab iaitu Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 15 2021

HUZIR: Suspek bagi kes ini telah dikenal pasti dan akan hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan dalam masa terdekat. - Gambar fail

Lelaki didakwa bunuh anak asuhan isteri hingga mati
Seorang penghantar barang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang merupakan anak asuhan isterinya, Isnin lalu.

Pihak berkuasa dua masjid suci seru patuh panduan penggunaan air Zamzam
Kemudahan wuduk yang lengkap dan 20,000 bekas air Zamzam telah disediakan sepanjang Ramadan bagi memenuhi keperluan para jemaah.
Isu agama, kaum jangan jadikan senjata politik, ia membakar diri - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan seluruh rakyat Malaysia sebarang masalah kaum dan agama mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan.
"Islam agama Persekutuan, kita martabatkan tetapi kita jaga keharmonian," katanya.
"Islam agama Persekutuan, kita martabatkan tetapi kita jaga keharmonian," katanya.

Harga tiket final Piala Malaysia 2024-2025 kekal - MFL
Empat kategori tiket aksi kemuncak Piala Malaysia itu akan diagihkan secara sama rata masing-masing kepada JDT dan Sri Pahang FC.

Dokumen MM2H palsu: Pegawai imigresen diperintah bela diri
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Shamsudin di akhir kes pendakwaan.

Sultan Selangor berkenan kurnia watikah pelantikan Pengerusi MAIS baharu
Baginda turut menyampaikan watikah kepada Tan Sri Mazlan Mansor sebagai Timbalan Pengerusi MAIS baharu dan dua anggota baharu.

PBB beri amaran tentang krisis kemanusiaan 'yang parah' di Afghanistan
Lebih separuh daripada populasi, iaitu 23 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan di negara itu, kata jurucakap PBB Stephane Dujarric.

Bubur lambuk untuk pengunjung Stadium Sultan Ibrahim sempena aksi ACL Elite
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bertitah agar makanan berbuka puasa disediakan untuk pengunjung dan peminat yang hadir.
How to Get to Merdeka 118: Your Complete Guide
Merdeka 118, the world’s second-tallest tower, is now more accessible than ever with the opening of the Belfield Tunnel. Here’s a video of everything you need to know about getting there efficiently.

Muhammad Azeem dijangka ke Sukan SEA Thailand - Ballard
Azeem juga akan menyertai beberapa kejohanan seperti Sukan Universiti Dunia di Jerman pada Julai dan Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun pada September.

'Hentikan boikot KK Mart' - Mufti Perak
Katanya tindakan boikot itu sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulallah SAW.

Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.

Polis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah Allah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 1,145 pasang kasut bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.

Logo kasut mirip kalimah Allah: Lapor polis jika ada maklumat - MCMC
Beri ruang pada JAKIM dan pihak berkuasa lakukan siasatan berhubung dakwaan itu.

Vern’s minta maaf, sedia pulangkan semula wang kepada pelanggan
Verns mengatakan logo tersebut 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi.

Kasut Vern's: Mula-mula marah, tetapi enggan bersikap semberono - Dr Akmal
Jika tiada penjelasan dalam 24 jam, Dr Akmal berkata, Verns diharap tidak menyalahkan mana-mana pihak sekiranya gerakan boikot berlaku.

#MZB365: Faham, hormat dan terima untuk hidup bersama - Pakar
Ekosistem yang telah dibina bersandarkan perpaduan harus dijaga dan kebencian tidak boleh dibiarkan terus berleluasa.

Sentuh 3R: Kerajaan tidak akan bertolak ansur - PM
Kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak tanpa mengira kedudukan atau parti politik sekiranya menyentuh sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum).

Serangan KK Mart: Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama adakan mesyuarat tergempar
Tiga buah kedai serbaneka KK Mart dibaling 'molotov cocktail' bermula dengan serangan di KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor dibaling bom petrol pada 25 Mac.

Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.