MINA: Kesemua 14,306 jemaah haji Malaysia termasuk 26 pesakit berjaya dibawa ke Arafah untuk berwukuf pada 8 Zulhijjah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Beliau berkata sebanyak empat bas khas yang diubah suai disediakan untuk jemaah yang sakit dan uzur dari Pusat Kesihatan TH Syisyah, Mekah bersama 68 petugas perubatan dan dibantu 22 petugas Tabung Haji.
"Pada tahun ini, Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan usahanya bagi memastikan kesempurnaan ibadah haji bagi jemaah yang sakit dan uzur melalui pelaksanaan Safari Wukuf yang telah diperkenalkan sejak 2016.
"Ia bertujuan membawa mereka yang sakit untuk berwukuf di Arafah dengan meneruskan proses perawatan pesakit di dalam ambulans dan bas yang disediakan," katanya ketika ditemui pemberita di pusat perubatan itu.
Idris berkata setakat 9 Julai, terdapat 32 pesakit dirawat di Pusat Kesihatan TH Syisyah manakala seorang dirawat di hospital Arab di Mina.
Beliau yang sempat memantau urusan rombongan haji Malaysia di Arafah serta Pusat Perubatan TH Syisyah, turut memuji kemudahan perubatan serta perkhidmatan diberi TH demi keselesaan jemaah haji.
Selain itu, beliau memaklumkan bahawa selepas wukuf dan bermabit di Muzdalifah pada 8 dan 9 Zulhijjah, semua jemaah haji Malaysia kini berada di Mina untuk melaksanakan ibadah melontar bagi hari ke-10 hingga 13 Zulhijjah.
Waktu ibadah melontar bagi jemaah Malaysia ialah pada 8 hingga 10 malam serta selepas subuh.
"Ibadah melontar memberikan cabaran kepada jemaah haji kerana ia melibatkan perjalanan sejauh 10 km dari khemah ke Jamrah dan balik semula ke khemah.
"Saya menyarankan agar setiap jemaah haji memberikan perhatian kepada setiap arahan yang diberikan oleh petugas TH serta mengikut waktu melontar yang ditetapkan demi keselamatan," katanya.
Beliau turut menasihatkan agar jemaah haji yang sedang melakukan ibadah melontar selama tiga hari di Mina, untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal terutama aspek kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 10 2022

Kesemua 14,306 jemaah haji Malaysia termasuk 26 pesakit berjaya dibawa ke Arafah untuk berwukuf pada 8 Zulhijjah. -Gambar fail/Reuters
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.

Kumpulan pertama jemaah haji tiba di tanah air
Kumpulan yang terdiri daripada jemaah Kedah dan Kelantan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada 6.40 pagi.

Separuh daripada 31,600 jemaah haji Malaysia sempurnakan Nafar Awwal
Baki separuh lagi kumpulan jemaah akan menyempurnakan Nafar Thani, melontar bagi ketiga-tiga hari tasyrik pada 13 Zulhijjah nanti.

Sempat berwukuf, jemaah kelapan Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci
Jemaah kelapan itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.30 petang Ahad akibat serangan jantung.

Lebih 31,000 jemaah haji Malaysia sertai jutaan umat Islam bergerak ke Arafah
Seramai 31,600 jemaah haji Malaysia musim 1445H/2024M mula menyertai jutaan umat Islam keluar dari Makkah untuk ke Arafah.

Jemaah Malaysia perlu jadi contoh dalam soal kebersihan - Mohd Na'im
Jemaah haji Malaysia sememangnya diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi sebagai yang berdisplin serta berilmu dalam pelbagai aspek.

Kemuncak operasi haji semasa Masyair, TH gembleng kerahan besar-besaran
Operasi Masyair pada tahun ini menjadi sangat kritikal kerana permulaan pergerakan jemaah pada 8 Zulhijjah jatuhnya pada hari Jumaat.

Jemaah daftar pakej tidak potong "queue", perlu dapat tawaran haji daripada TH
Mana-mana jemaah yang mendaftar dengan agensi pelancongan perlu mendapat surat tawaran mengerjakan haji daripada TH.

Faizal Ismail guna platform media sosial beri motivasi tunai haji
Walaupun menyedari dirinya banyak kekurangan, FBI terus berdakwah ke arah kebaikan, berbekalkan sedikit ilmu.

Lagi 9 penerbangan belum masuk Arab Saudi, pesawat terakhir tiba 9 Jun ini
Syed Saleh berkata, 91 penerbangan atau 91 peratus penerbangan sudah sampai di Tanah Suci dengan 50 adalah penerbangan sewaan khas AMAL oleh MAS dan baki 41 pula menerusi Saudi Airlines, Saudia.