MEKAH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mahu jemaah haji Malaysia terus menjadi contoh dan ikutan kepada jemaah haji dari negara lain dalam soal kebersihan di Masyair nanti.
Mohd Naim berkata jemaah haji Malaysia sebelum ini sememangnya dikenali serta diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi sebagai yang berdisplin serta berilmu dalam pelbagai aspek termasuk menerusi Program Kebersihan Masyair dan imej itu harus dikekalkan oleh semua jemaah haji musim 1445H/2024.
"Pada 2018 Tabung Haji (TH) telah memperkenalkan program ini sebagai satu inisiatif untuk mengajak jemaah haji Malaysia melaksanakan satu daripada tanggungjawab sebagai umat Islam dan sebagai jemaah haji yang bertanggungjawab.
"Hasil program itu Kerajaan Arab Saudi memuji keadaan di Arafah yang ditinggalkan oleh jemaah Malaysia ini dan menjadi contoh kepada negara lain dalam soal menjaga kebersihan kawasan Masyair," katanya selepas melancarkan Program Kebersihan Masyair di Hotel Land Premium di sini semalam.
Majlis turut dihadiri Pengerusi TH Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Pengarah Urusan Kumpulan, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Syed Hamadah Syed Othman dan Ketua Rombongan Haji 1445H/2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Beliau berkata menjaga kebersihan merupakan sebahagian daripada ibadah serta amat dituntut oleh agama Islam selain sebagai cerminan kemabruran haji seseorang jemaah dan bukan bersandarkan kepada rukun semata-mata.
"Ibadah sebenarnya mempunyai makna yang lebih meluas dan bukan hanya tertumpu kepada ibadah khusus seperti solat sahaja. Menjaga hubungan dengan jemaah haji lain juga merupakan satu ibadah dan begitu juga menjaga kebersihan persekitaran," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata dengan adanya program ini, jemaah haji Malaysia dapat memahami konsep ibadah dengan lebih meluas selain dapat menerapkan konsep ta'awun iaitu bekerjasama bagi memastikan kawasan Masyair bersih dan teratur sama seperti keadaan waktu tiba.
Sementara itu selepas majlis berkenaan, Mohd Na'im bersama pengurusan tertinggi TH meluangkan masa menyantuni lima waris jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci baru-baru ini.
Beliau sempat memberikan kata-kata semangat kepada semua waris berkenaan dan memberi jaminan bahawa TH akan melaksanakan badal haji untuk kesemua jemaah yang terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 13 2024

Mohd Na'im (tiga, kiri) melancarkan Program Kebersihan Masyair di Hotel Land Premium, Mekah, semalam. --fotoBERNAMA

Israel putuskan bekalan elektrik ke Gaza, jejaskan loji penyahgaraman air minuman
Kekejaman Israel itu disifatkan Hamas sebagai sebahagian daripada "dasar kebuluran" Israel.

Amaran Elon Musk: "Barisan hadapan Ukraine akan runtuh jika Starlink ditutup"
Elon Musk berkata, sistem internet satelit Starlink menjadi tulang belakang kepada ketenteraan Ukraine.

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Arab Saudi dilapor mungkin melabur pada AirAsia
Langkah ini juga selari dengan peralihan Arab Saudi dalam menarik lebih ramai pelancong ke negara mereka kebelakangan ini.

AS adakan perbincangan dengan Ukraine mengenai pertemuan di Arab Saudi
Perbincangan itu susulan surat daripada Zelenskyy kepada Trump, yang disifatkan oleh Witkoff sebagai "langkah pertama yang positif".

Arab Saudi tegas menolak sebarang pelanggaran hak rakyat Palestin - Menteri Luar
Jaminan antarabangsa dan resolusi PBB yang memastikan kelangsungan gencatan senjata di Semenanjung Gaza sangat diperlukan ketika ini, tegas Putera Faisal.

Vinicius enggan layan spekulasi ke Arab Saudi
Kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad dalam separuh akhir Copa del Rey pada Khamis merupakan penampilan ke-299 Vinicius untuk Real.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Fasa pertama pembinaan bangunan terpanjang dunia The Line bermula
Pembinaan fasa pertama, Hidden Marina, telah dimulakan dan akan mempunyai keluasan lantai 21 juta meter persegi.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

Pakistan, OIC kecam Netanyahu atas cadangan tubuh negara Palestin di Arab Saudi
Pakistan mengecam Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kerana mencadangkan agar sebuah negara Palestin ditubuhkan di Arab Saudi.