SEPANG: Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 280 orang, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira pukul 9.30 malam tadi, menandakan bermulanya operasi haji fasa kedua untuk Musim Haji 1445H/2024M, bagi menyambut kepulangan jemaah haji ke tanah air.
Ketibaan mereka disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar; Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman.
Kumpulan pertama yang terdiri daripada jemaah Kedah dan Kelantan, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada 6.40 pagi (waktu Arab Saudi) hari yang sama menaiki pesawat AMAL by Malaysia Airlines (MH 8251).
Mohd Na'im berkata, operasi haji tahun ini, berjalan dengan lancar dan dapat dilaksanakan dengan tertib dan jayanya.
"Walaupun menghadapi beberapa keadaan yang amat mencabar seperti keadaan cuaca panas terik, namun kesemua para jemaah tetap dapat melaksanakan ibadat dengan selamat, teratur dan mempamerkan tahap disiplin yang tinggi.
"Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada TH, kerana sekali lagi telah meletakkan sepenuh komitmen dalam menyampaikan perkhidmatan bermutu tinggi dan tatakelola pengurusan yang amat cekap dengan pelbagai penambahbaikan demi kelancaran dan keselesaan ibadah para jemaah negara," katanya.
Mohd Na'im berkata, komitmen dan kesungguhan yang dipamerkan TH dalam mengendalikan operasi haji tahun ini juga terbukti, dengan pengiktirafan oleh Kerajaan Arab Saudi melalui Anugerah Labbaittom bagi kategori kepuasan tertinggi dalam perkhidmatan, buat kali ketiga berturut-turut.
"Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya mengucapkan terima kasih kepada TH, agensi kerajaan, badan korporat, para dhuyufurrahman dan semua pihak yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung, dalam menjayakan operasi haji kali ini dan semoga amal kebajikan ini mendapat keberkatan di sisi Allah," katanya.
Mohd Na'im berkata, setakat hari ini, seramai 18 jemaah haji negara, iaitu 13 lelaki dan lima perempuan berusia antara 37 hingga 79 tahun, meninggal dunia di Tanah Suci dengan kebanyakan mereka terkena serangan jantung dan mendapat jangkitan kuman pada darah.
Beliau berkata, daripada 18 jemaah yang meninggal dunia, 10 jemaah sempat berwukuf pada 9 Zulhijah lepas, manakala urusan badal haji bagi baki lapan jemaah yang tidak sempat berwukuf, telah disempurnakan oleh pihak TH tanpa mengenakan sebarang kos tambahan.
Mohd Na'im berkata, pihak TH serta agensi, akan mengadakan pascanilai untuk mengenal pasti aspek penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk musim haji yang akan datang.
Sementara itu, Syed Hamadah berkata, pengiktirafan Anugerah Labbaittom yang diterima menjadi pemangkin buat TH, untuk sentiasa mencari ruang inovasi dalam menyedia dan memberikan perkhidmatan yang terbaik setiap tahun.
"TH akan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji negara dan membuat penilaian teliti bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi musim haji akan datang.
"Matlamat dan objektif yang digariskan untuk operasi haji kali ini telah berjaya dicapai, antaranya TH telah membantu menyelaraskan supaya hampir kesemua jemaah haji dapat melaksanakan wuquf di Arafah pada 9 Zulhijah dan ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW dalam riwayat At-Tirmizi, haji itu adalah Arafah," katanya.
Sebanyak 100 penerbangan sewa khas disediakan oleh AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines, bagi membawa kesemua jemaah haji pulang ke tanah air bermula 24 Jun dan penerbangan terakhir dijadualkan pada 20 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, kira-kira pukul 9.30 malam tadi. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Gencatan senjata: A.S dan Hamas runding bebas tebusan di Gaza
Pemimpin Hamas mengadakan beberapa pertemuan dengan perunding tebusan Amerika Syarikat, Adam Boehler, bagi membincangkan pembebasan seorang tahanan Amerika-Israel yang ditahan oleh kumpulan itu di Gaza.
Letupan di Golok: Thailand jamin tingkatkan keselamatan penduduk
Kementerian Pertahanan Thailand memberi jaminan bahawa agensi keselamatannya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatan penduduk di selatan Thailand susulan beberapa insiden pengeboman dan tembakan, pada Sabtu.
Keselamatan: Tangguh perjalanan tak penting ke Yala, Narathiwat dan Pattani - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang akan dan sedang berada wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani di Thailand dinasihat mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa berwaspada susulan beberapa insiden keselamatan yang berlaku, baru-baru ini.

Parti Liberal Kanada pilih Mark Carney ganti Justin Trudeau
Walaupun Carney akan ambil alih kepemimpinan Parti Liberal, Trudeau, bagaimanapun, akan kekal sebagai PM Kanada untuk tempoh peralihan.
Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.
Anwar puji Wisma Putra berjaya perkukuh imej Malaysia di peringkat global
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji kementerian luar atau wisma putra atas kejayaannya dalam memperkukuh imej dan pengaruh malaysia di peringkat global.
Selangor sedia bantu keluarga dua pelajar terbabit kemalangan di Jordan
Kerajaan Selangor bersedia untuk membantu keluarga dua pelajar yang terbabit dalam kemalangan di Jordan.
Kesihatan: KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan semua jenis makanan yang boleh membahayakan kesihatan murid termasuk gula-gula berbentuk vape tidak dibenarkan dijual dalam premis sekolah.
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Polis tahan lelaki cetus kekecohan di rumah ibadat
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mempunyai masalah mental kerana mengamuk di Gereja St Joseph dekat Kuching pada Sabtu.

Tetamu saat akhir, Elfira Loy tunai ibadah haji
BAGAI bulan jatuh ke riba. Begitulah yang mungkin dirasai oleh pelakon dan pengacara, Elfira Loy apabila mendapat jemputan menunaikan ibadah haji.

Johan hampir terlepas pesawat tunai haji
Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk tunai haji selepas wujud isu tentang status visa haji beliau gara-gara kekeliruan nama pada visa miliknya.

Agong berkenan santuni 'Duyufurrahman' negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci hari ini.

Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk

Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.

TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.

Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.

Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.

Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.

Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.