SEPANG: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci bagi musim haji 1445H/2024 hari ini.
Turut berangkat mengiringi baginda ke majlis itu anakanda Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suami Datuk Dennis Muhammad Abdullah.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Kompleks Haji Sepang, Movenpick di sini pada 10 pagi disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Ini merupakan majlis mengucap selamat tinggal kepada bakal jemaah haji yang pertama oleh Sultan Ibrahim, sejak mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan.
Majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan doa oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Jamali Mohd Adnan, bagi memohon agar perjalanan bakal jemaah haji diberkati dan dipermudah segala urusan sepanjang berada di Tanah Suci.
Laungan azan kemudiannya dikumandangkan pegawai Lembaga Tabung Haji (TH) Mohd Shafiq Shawal sebagai memuji kebesaran Allah yang menerima kumpulan bakal haji tahun ini sebagai 'tetamu-Nya'.
Sultan Ibrahim turut berkenan menyantuni bakal jemaah haji, sambil mengucapkan selamat jalan kepada 282 bakal jemaah haji yang akan berlepas pada 1.30 tengah hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA Terminal 1).
Bakal jemaah haji turut mengambil kesempatan berswafoto dengan Seri Paduka Baginda sebelum semua bergerak ke KLIA dengan menaiki ke KLIA Terminal 1.
Mereka akan menaiki pesawat AMAL by Malaysia Airlines (MH 8122), penyedia penerbangan sewa khas untuk haji dan umrah ke Jeddah, Arab Saudi dan dijangka tiba 5.25 petang (waktu Arab Saudi).
Turut hadir Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mesaad Ibrahim Al-Sulaim, Pengerusi TH Tan Sri Abdul Rashid Hussain serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman.
Seramai lebih 16,000 orang jemaah haji Malaysia sudah selamat tiba di tanah suci Madinah dan Makkah.
Terdapat 100 penerbangan sewa khas bagi musim haji 1445H/2024 yang telah bermula pada 9 Mei dan penerbangan akhir dijadualkan pada 9 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024
Sultan Ibrahim berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci bagi musim haji 1445H/2024 hari ini. - Foto Bernama
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Kuasa pengampunan Agong tiada had - Haniff Khatri
Kuasa mutlak pengampunan sudah wujud di tangan Sultan dan Raja-Raja Melayu, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi, kata peguam Haniff Khatri.
YDP Agong santuni mangsa banjir di Kota Tinggi
Seri Paduka Baginda berkenan melawat PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi.
Tahanan rumah timbulkan isu hak kesamarataan banduan - Peguam
Membenarkan Najib Razak menjalani tahanan rumah akan menimbulkan pertikaian mengenai hak layanan undang-undang sama-rata.
Adakah Titah Adendum mengikat kerajaan jika tidak dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan? Ini pandangan peguam...
Titah Adendum tidak wajar mengikat kerajaan untuk dilaksanakan sekiranya ia tidak dibawa dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan untuk dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Bicara 1MDB: "Saya bukan 'bapa' TIA, itu cetusan idea Sultan Mizan" - Najib
Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bekas pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin kononnya penubuhan syarikat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dikatakan idea dan 'baby' beliau.
Agong terima menghadap PM Singapura di Istana Negara
Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung di Dewan Seri Mahkota kira-kira satu jam itu, Mohamad Hasan dan Zambry Kadir.
Titah Adendum: Mahkamah akan tentukan kesahihan - Pakar Perlembagaan
Shamrahayu berkata apabila Titah Adendum tersebut ditentukan kesahihannya, pelaksanaan yang terdapat dalam titah tambahaan tersebut perlu dibuat.
Titah Adendum: Jabatan Penjara tidak terima perintah benar Najib jalani tahanan di rumah - Saifuddin
Beliau berkata pada 2 Feb tahun lepas, Jabatan Penjara hanya menerima minit mesyuarat dan perintah untuk melaksanakan keputusan mesyuarat lembaga tersebut yang diputuskan pada 29 Jan 2024.
Mustahil Anwar tidak tahu kewujudan Titah Adendum - Hamzah
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberitahu, sebagai seorang Perdana Menteri, Anwar terikat dengan ikrar sumpah taat setia kepada Agong serta Perlembagaan Persekutuan.
Titah Adendum: Shafee baca surat daripada Sultan Pahang sahkan perintah tambahan wujud
Surat tersebut ditandatangani Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Abdul Rahman yang mewakili Al-Sultan Abdullah.