MEKAH: Sehingga semalam seramai 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji yang mendapat tawaran untuk menunaikan rukun Islam kelima itu, telah selamat tiba di Tanah Suci Mekah dan Madinah dengan menaiki 22 penerbangan yang disewa khas Lembaga Tabung Haji (TH).
Ketua Rombongan Haji 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, daripada jumlah itu, 4,403 jemaah haji kini berada di Madinah manakala seramai 1,387 jemaah haji telah sampai di Mekah bermula 14 Mei 2024.
"Alhamdulillah operasi haji untuk musim ini yang bermula pada 9 Mei, terus berjalan dengan baik dan lancar, sama ada di tanah air mahupun di Tanah Suci.
"Jemaah haji KT1 hingga KT5 yang kini berada di Mekah, juga telahpun selesai melaksanakan ibadah umrah dan TH telah merangka pelbagai aktiviti dan sesi bimbingan semasa mereka menanti hari untuk berwukuf di Arafah (15 Jun) nanti," katanya dalam sidang media bersama petugas media di Ibu Pejabat TH, di sini, semalam.
Beliau berkata, sebanyak 100 penerbangan sewa khas yang akan digunakan untuk membawa semua jemaah haji Malaysia dengan 47 penerbangan, dijadual mendarat di Madinah manakala sebanyak 53 penerbangan lagi akan tiba di Jeddah yang mana jemaah haji akan dibawa terus masuk ke Mekah.
Sebanyak lapan stesen berlepas digunakan untuk jemaah haji di seluruh Malaysia bagi urusan melapor diri antaranya Kota Bharu, Kelantan; Kuala Terengganu, Terengganu; Alor Setar, Kedah; Bayan Lepas, Pulau Pinang; Senai, Johor; Kuching, Sarawak; Kota Kinabalu, Sabah serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan penerbangan terakhir dijangka pada 9 Jun.
Sementara itu, malam semalam, seramai 301 lagi jemaah haji daripada kumpulan KT08 tiba di Makkah Hotel Land Perium dari Madinah, dengan menaiki tujuh buah bas.
Ketibaan mereka disambut oleh Syed Saleh, Timbalan Ketua Rombongan Haji, Kebajikan Mohamed Heikal Mohamed Yusuff, pihak pengurusan dan petugas TH, serta pihak hotel.
Dalam perkembangan lain, Syed Saleh memaklumkan, seramai lima jemaah haji Malaysia kini sedang dirawat, dengan empat daripadanya sedang menerima rawatan di Pusat Rawatan Madinah, manakala seorang lagi di Pusat Rawatan Syisya di Mekah.
Dua daripadanya mengalami patah tangan dan ibu jari kaki, manakala selebihnya mengalami masalah jantung dan jangkitan kuman.
Sehubungan itu, Syed Saleh menasihatkan supaya jemaah haji sentiasa menjaga kesihatan masing-masing dan berhati-hati dalam apa juga tindakan seharian, agar aktiviti beribadah dapat dilakukan dengan baik sehingga balik ke tanah air nanti.
"Semua jemaah diingatkan untuk mengambil makanan seimbang dan minum air yang mencukupi untuk mengekalkan hidrasi, dalam berhadapan dengan cuaca panas agar mereka kekal sihat untuk meneruskan aktiviti ziarah, berjalan ke masjid serta ibadat umrah dan haji seperti yang dirancang," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024
Syed Saleh (tiga dari kanan) menyambut ketibaan jemaah haji Malaysia di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah, pada Selasa lalu. - Gambar Bernama
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
Netanyahu akan bertemu Trump di Washington D.C
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan berada di Washington D.C. pada Selasa bagi mengadakan mesyuarat kerja dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ibu bapa tebusan Israel berterima kasih kepada Trump
Ibu bapa tebusan yang dibebaskan, Agam Berger, pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ucapan itu disampaikan atas peranannya dalam merealisasikan perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pembebasan tebusan.
Ucapan itu disampaikan atas peranannya dalam merealisasikan perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pembebasan tebusan.
Tetamu saat akhir, Elfira Loy tunai ibadah haji
BAGAI bulan jatuh ke riba. Begitulah yang mungkin dirasai oleh pelakon dan pengacara, Elfira Loy apabila mendapat jemputan menunaikan ibadah haji.
Johan hampir terlepas pesawat tunai haji
Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk tunai haji selepas wujud isu tentang status visa haji beliau gara-gara kekeliruan nama pada visa miliknya.
Agong berkenan santuni 'Duyufurrahman' negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci hari ini.
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.