MEKAH: Selepas mengambil keputusan untuk 'berhijrah' kira-kira tiga tahun lepas, personaliti radio dan televisyen Faizal Ismail, atau lebih dikenali sebagai FBI, banyak menggunakan platform media sosial untuk berkongsi hal-hal keagamaan.
Walaupun menyedari dirinya banyak kekurangan, bekas penyampai sebuah stesen radio itu menggunakan kelebihan mempunyai 62,000 pengikut di Instagram dan 20,000 pengikut di Facebook untuk terus berdakwah ke arah kebaikan, berbekalkan sedikit ilmu.
Peluang menjadi antara 31,600 duyufrurrahman atau tetamu Allah bersama isteri Nor Azlina Ahmad Din dan anak sulungnya, Nur Khairina untuk musim haji ini, turut dimanfaatkan beliau untuk menanam kesedaran dalam kalangan peminatnya tentang kepentingan menabung bagi menunaikan haji.
"Apabila mendapat tawaran menunaikan haji baru-baru ini, saya terus maklumkan kepada semua menerusi media sosial dan saya tak sangka saya terima banyak respons positif yang mengucapkan tahniah dan sebagainya.
"Mula-mula saya tak nak ambil serius, tetapi terfikir mungkin dengan perkongsian ini akan menyebabkan mereka tergerak hati untuk mendaftar menunaikan haji, jadi saya rasa ada tanggungjawab saya di situ walaupun sekadar perkongsian sahaja," katanya kepada petugas media di sini baru-baru ini.
Sementara itu, Faizal, 48, berkata, sebagai persiapan untuk menunaikan haji, selain mengikuti kursus asas haji dan kursus perdana haji yang dianjurkan oleh TH, beliau dan keluarga turut mengambil inisiatif belajar bersama seorang ustaz.
Menurut Faizal, mereka mahu memahami lebih mendalam mengenai rukun Islam kelima itu khususnya persoalan berkaitan ibadah semasa hari kemuncak haji iaitu melibatkan perjalanan dari hotel ke Arafah, Muzdalifah, Mina dan sewaktu melontar jamrah.
"Walaupun saya sudah sedikit sebanyak faham keadaan ibadah ini disebabkan telah biasa membawa jemaah umrah, namun untuk ibadah haji ini ada tambahan ilmu yang saya perlu pelajari sebab itu saya mengupah seorang ustaz untuk belajar," katanya.
Beliau turut memuji kecekapan TH menguruskan kemudahan dan kebajikan jemaah haji yang disifatkannya amat sistematik, bermula dengan berlepas dari tanah air sehinggalah tiba di Tanah Suci, selain petugas yang mesra dalam melayan ragam jemaah.
"Di setiap sudut ada petugas dan kita jumpa pun mereka dalam keadaan tenang, senyum...mungkin (mereka) juga rindukan anak-anak dan keluarga yang ditinggalkan lama di tanah air untuk menyantuni duyufurrahman. Saya rasa mereka telah mendapat latihan yang cukup untuk berhadapan dengan ujian," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2024

Faizal (tengah) bersama isteri Nor Azlina (kanan) dan anak sulungnya, Nur Khairina kini berada di Mekah untuk menunaikan fardu haji.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Tetamu saat akhir, Elfira Loy tunai ibadah haji
BAGAI bulan jatuh ke riba. Begitulah yang mungkin dirasai oleh pelakon dan pengacara, Elfira Loy apabila mendapat jemputan menunaikan ibadah haji.

Johan hampir terlepas pesawat tunai haji
Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk tunai haji selepas wujud isu tentang status visa haji beliau gara-gara kekeliruan nama pada visa miliknya.

Agong berkenan santuni 'Duyufurrahman' negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci hari ini.

Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk

Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.

TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.

Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.

Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.

Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.

Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.