MEKAH: Sehari selepas berwukuf pada 9 Zulhijjah, seorang lagi jemaah haji negara menghembuskan nafas terakhir di Tanah Suci, menjadikan keseluruhan lapan jemaah haji negara meninggal dunia setakat ini.
Jemaah kelapan yang meninggal dunia itu ialah Sapiah Jalil, 66, dari Sungai Buloh, Selangor.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan, punca kematian Sapiah disebabkan serangan jantung.
"Allahyarham sebelum itu ke sebuah pasar raya dan terkena serangan jantung di situ. Beliau meninggal dunia pada 4.30 petang, 16 Jun (Ahad).
"Allahyarham ke sini menunaikan haji bersama seorang kawan dan beliau ialah jemaah daripada Pengelola Jemaah Haji (PJH), yang dilesenkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH), " kata beliau.
Beliau berkata, Allahyarham Sapiah juga sempat berwukuf pada 9 Zulhijjah dan bukan pesakit yang disenarai dalam program "Safari Wukuf."
Mohd Na'im sebelum itu melawat Pusat Rawatan TH Mekah, di Syisha dan menyantuni beberapa orang pesakit yang dirawat di situ.
Dengan kematian terbaharu itu, ia menjadikan bilangan jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci ialah seramai lapan orang setakat ini.
Dalam perkembangan sama, rakan Sapiah sudah memaklumkan berita kematian Allahyarham kepada warisnya di Malaysia.
Tujuh kematian jemaah haji negara sebelum ini ialah pertama, Abnil Hajar Ismail, 72, dari Kedah yang meninggal dunia pada 24 Mei lepas.
Manakala, pada 29 Mei lepas, kematian kedua menimpa Mohd Zahir Ismail, 58, yang menghembuskan nafas terakhir semasa tawaf umrah pertama akibat diserang sakit jantung.
Pada 7 Jun lalu, dua lagi jemaah Malaysia meninggal dunia ialah Ghazali Ahmad, 71, dari Kedah, dan Noormadiah Mat Ali, 53, dari Terengganu.
Punca kematian mereka masing-masing adalah disebabkan kegagalan buah pinggang dan sumbatan pembuluh darah di perut serta jangkitan kuman pada paru-paru.
Pada 10 Jun, jemaah muda, Zuraida Mohd Haris, 37, meninggal dunia di Hospital King Abdulaziz selepas alami pendarahan otak dan tidak sedarkan diri selama enam hari.
Sementara itu, dua jemaah lelaki masing-masing berusia 75 dan 65, meninggal dunia pada 11 dan 13 Jun lalu.
Baharuddin Mohd Shood dari Jengka, Pahang meninggal dunia akibat kanser usus yang merebak ke sistem hempedunya.
Allahyarham sebelum itu dirawat di Pusat Rawatan TH di Mekah.
Kematian ketujuh, menimpa jemaah warga Malaysia, dikenali sebagai Abdul Manaf Hanapiah, berasal dari Alor Setar, Kedah dengan punca kematiannya ialah serangan jantung.
Allahyarham meninggal dunia di Pusat Perubatan Mekah pada 5:30 petang kerana serangan jantung.
Warisnya, iaitu isteri Allahyarham, Che Asmah Idris segera dimaklumkan mengenai kematian suaminya itu.
"Tabung Haji (TH) akan membuat badal haji kepada kesemua jemaah haji yang meninggal dunia ini dengan kosnya ditanggung oleh Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia, " kata Mohd Na'im.
Kesemua jemaah haji Malaysia dikebumikan sama ada di Tanah Perkuburan Shuhada Al-Haram atau Tanah Perkuburan Sharayaa, Mekah.
Kuota jemaah haji Malaysia pada tahun ini yang diberikan Arab Saudi ialah seramai 31,600 orang dan selesai melaksanakan rukuh haji iaitu berwukuf.
Wukuf di Arafah pada tahun ini ialah pada 9 Zulhijjah iaitu pada 15 Jun (Sabtu) bersamaan hari Sabtu, iaitu kemuncak musim panas di Arab Saudi.
Azlinariah Abdullah
Sun Jun 16 2024

Mohd Na'im (kanan) menyantuni seorang jemaah Malaysia yang dirawat Pusat Rawatan TH Mekah, di Syisha, Mekah pada Ahad.
Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.
Anwar puji Wisma Putra berjaya perkukuh imej Malaysia di peringkat global
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji kementerian luar atau wisma putra atas kejayaannya dalam memperkukuh imej dan pengaruh malaysia di peringkat global.
Selangor sedia bantu keluarga dua pelajar terbabit kemalangan di Jordan
Kerajaan Selangor bersedia untuk membantu keluarga dua pelajar yang terbabit dalam kemalangan di Jordan.
Kesihatan: KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan semua jenis makanan yang boleh membahayakan kesihatan murid termasuk gula-gula berbentuk vape tidak dibenarkan dijual dalam premis sekolah.
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Polis tahan lelaki cetus kekecohan di rumah ibadat
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mempunyai masalah mental kerana mengamuk di Gereja St Joseph dekat Kuching pada Sabtu.

Letupan bom di Sungai Golok: Pelbagai langkah diambil KPM pastikan keselamatan murid
KPM sentiasa bekerjasama dengan pasukan keselamatan untuk memastikan keselamatan murid terutamanya mereka yang melintas sempadan setiap hari.
Jumpa mayat: mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di sungai pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, di sini pada 4.39 petang, pada Ahad.

Faisal Halim dedikasikan hatrik kepada penyokong Selangor
Hatrik itu menamatkan kemarau jaringan Faisal dalam saingan kompetitif sejak kembali beraksi selepas insiden simbahan asid pada Mei tahun lepas.

Israel putuskan bekalan elektrik ke Gaza, jejaskan loji penyahgaraman air minuman
Kekejaman Israel itu disifatkan Hamas sebagai sebahagian daripada "dasar kebuluran" Israel.

Tetamu saat akhir, Elfira Loy tunai ibadah haji
BAGAI bulan jatuh ke riba. Begitulah yang mungkin dirasai oleh pelakon dan pengacara, Elfira Loy apabila mendapat jemputan menunaikan ibadah haji.

Johan hampir terlepas pesawat tunai haji
Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk tunai haji selepas wujud isu tentang status visa haji beliau gara-gara kekeliruan nama pada visa miliknya.

Agong berkenan santuni 'Duyufurrahman' negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci hari ini.

Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk

Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.

TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.

Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.

Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.

Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.

Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.