BUKIT MERTAJAM: Golongan muda di Pulau Pinang digalak menceburi sektor pertanian moden ke arah usaha kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import seterusnya memastikan sekuriti makanan khususnya di negeri ini terjamin.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata aplikasi teknologi, inovasi dan modenisasi dalam bidang berkenaan bukan saja berupaya meningkatkan hasil pengeluaran malahan turut mampu menjana pendapatan lumayan.
"Sebelum ini mungkin ramai (anak muda) tidak nampak potensi sektor dalam bidang pertanian, penternakan, perladangan mahu pun nelayan tetapi kini sudah masuk era agroteknologi yang mana kita dapat lihat perbezaan ketara dari segi peningkatan hasil di samping menjana pendapatan lebih baik berbanding cara tradisional.
"Tambahan Pulau Pinang merupakan pelabuhan dan hab teknologi justeru saya berharap mereka dapat mengambil peluang dengan menjadikan sektor ini sebagai satu kerjaya dan seterusnya membantu memastikan bekalan makanan di negeri ini mencukupi dan terjamin," katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Pulau Pinang (HPPNPP) 2023 dan Eskpo Agorobuddies di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, di sini, pada Sabtu.
Chow dalam pada itu berkata menyedari kepentingan golongan belia dalam bidang pertanian, kerajaan negeri telah menyediakan dua program iaitu Program Petani Pelapis dan Program Tabung Usahawan Tani dalam memperkasakan peranan dalam sektor pertanian di negeri ini.
Selain itu, katanya, sebanyak RM4.6 juta diperuntukkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menerusi Belanjawan Negeri 2024 untuk melaksanakan aktiviti dan program yang menyokong kepada pengukuhan pengeluaran ternakan di negeri ini demi membangunkan sektor agromakanan yang mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi.
HPPNPP 2023 dan Eskpo Agrobuddies berlangsung selama tiga hari bermula semalam dan berakhir esok dengan bertemakan 'Keterjaminan Makanan Untuk Masa Depan'.
Sementara itu, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, Prof. Dr. Ahmad Rashidy Razali berkata Ekspo Agrobuddies diadakan bertujuan melestarikan bidang pertanian untuk masa depan melalui konsep mendekatkan murid sekolah dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menerusi bengkel tanaman, pertandingan inovasi dalam pertanian serta aktiviti 'agro kids'.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023
![Golongan muda P. Pinang digalak ceburi pertanian moden Golongan muda P. Pinang digalak ceburi pertanian moden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683024108_TBCHOW.jpg)
Kon Yeow berkata, aplikasi teknologi, inovasi dan modenisasi dalam bidang pertanian moden boleh tingkatkan hasil pengeluaran dan menjana pendapatan lumayan. - Gambar fail
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Golongan muda P. Pinang digalak ceburi pertanian moden Golongan muda P. Pinang digalak ceburi pertanian moden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683024108_TBCHOW.jpg)
Golongan muda P. Pinang digalak ceburi pertanian moden
Aplikasi teknologi, inovasi dan modenisasi dalam bidang pertanian moden boleh tingkatkan hasil pengeluaran dan menjana pendapatan lumayan.
![PPM berasaskan teknologi bantu tingkatkan pengeluaran makanan negara - Foong Hin PPM berasaskan teknologi bantu tingkatkan pengeluaran makanan negara - Foong Hin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677558659_ChanFoongHin.jpg)
PPM berasaskan teknologi bantu tingkatkan pengeluaran makanan negara - Foong Hin
Penglibatan para pengusaha dalam Projek Pertanian Moden (PPM) yang berasaskan teknologi terkini dijangka dapat membantu meningkatkan pengeluaran makanan negara.
![MAFS fokus galakkan teknologi dalam pertanian - Foong Hin MAFS fokus galakkan teknologi dalam pertanian - Foong Hin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672133762_YABKetuaMenteriSa.jpg)
MAFS fokus galakkan teknologi dalam pertanian - Foong Hin
Kementerian Pertanian dan Keterjeaminan Makanan mempunyai fokus untuk menggalakkan pemodenan dan penggunaan teknologi dalam aktiviti pertanian di Sabah.
![Malaysia kaji semula pendekatan terhadap pertanian - Mustapa Malaysia kaji semula pendekatan terhadap pertanian - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41592812251_Pesawah.jpg)
Malaysia kaji semula pendekatan terhadap pertanian - Mustapa
Malaysia merancang untuk mengkaji semula pendekatannya terhadap pertanian dengan memodenkan sektor itu.
![Pulau Pinang lancar kebun vanila pintar pertama di Malaysia, guna kecerdasan buatan Pulau Pinang lancar kebun vanila pintar pertama di Malaysia, guna kecerdasan buatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/51597483320_machinelearning.jpg)
Pulau Pinang lancar kebun vanila pintar pertama di Malaysia, guna kecerdasan buatan
Pulau Pinang hari ini menjadi negeri pertama melancarkan tanaman vanila menerusi kebun pintar yang pertama seumpamanya di Malaysia yang akan memberi pulangan dianggarkan bernilai RM1.5 juta setahun.
![Guna teknologi moden dalam pertanian negara - Tun Daim Guna teknologi moden dalam pertanian negara - Tun Daim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81534780282_TBTUNDAIMx.jpg)
Guna teknologi moden dalam pertanian negara - Tun Daim
Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata penggunaan teknologi yang serba moden dan terancang mampu meningkatkan hasil tanaman yang diusahakan oleh sesebuah negara.
![Tiga perkara utama jamin masa depan Cameron Highlands Tiga perkara utama jamin masa depan Cameron Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51444837113_SimTzeTzin.jpg)
Tiga perkara utama jamin masa depan Cameron Highlands
Pertanian moden, agro-pelancongan serta industri asas tani merupakan tiga perkara penting yang akan membentuk masa depan Cameron Highlands.