Pertanian moden, agro-pelancongan serta industri asas tani merupakan tiga perkara penting yang akan membentuk masa depan Cameron Highlands, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Sim Tze Tzin.
Menurut Sim, jika industri pertanian di Cameron Highlands dapat ditingkatkan, anak muda di sini juga akan mempunyai peluang pekerjaan dan masa depan yang lebih cerah.
"Untuk meningkatkan pertanian moden, pihak kementerian akan mula membawa penyelidik mulai Februari untuk membantu kaji selidik komuniti pertanian seperti kaji selidik mengenai benih-benih berkualiti tinggi.
"Bagi agro-pelancongan, lebih banyak pelaburan syarikat tempatan perlu dibawa selain menarik pelancong luar negara, dan bukan hanya pelancongan dalam negara sahaja.
"Selain itu, kita memerlukan industri pemprosesan agar hasil tanaman tidak dibuang sahaja, tetapi dapat diproses untuk dijadikan makanan seperti strawberi boleh diproses menjadi jem dan lain-lain," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Pakatan Harapan di sini, pada Ahad.
Tambahnya, daripada membiarkan anak muda Cameron Highlands berhijrah ke negeri atau negara lain, mereka sepatutnya diberi peluang di tempat kelahiran mereka sendiri.
Katanya, seperti disaran oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, generasi muda perlu diperkasa dari segi pertanian moden.
"Pertanian ini akan memberi masa depan yang cerah buat anak muda di sini dan kita (kerajaan) mahu mereka balik ke sini dan ambil bahagian dalam pertanian moden," katanya.
Semasa Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 Disember lalu, Dr Mahathir dalam ucapan penangguhannya berkata, generasi muda akan diberi layanan istimewa menerusi bidang pertanian dan perniagaan.
Katanya ini disebabkan anak muda lebih menguasai teknologi terkini selain terlatih dan berpelajaran berbanding generasi lama.
Arfa Yunus
Sun Jan 13 2019

SIM: Jika industri pertanian di Cameron Highlands dapat ditingkatkan, anak muda di sini juga akan mempunyai peluang pekerjaan dan masa depan yang lebih cerah. - Gambar fail
Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza
Serangan berterusan di Gaza memberi kesan amat dahsyat kepada wanita, dengan seramai 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine
Menurut kenyataan Jabatan Negara AS pada Ahad, Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha Washington untuk menamatkan konflik.

Umairah kini miliki single raya pertama berjudul 'Tak Balik Raya'
Umairah Kini Miliki Single Raya Pertama Berjudul Tak Balik Raya - -Lagu Ini Mudah Melekat-
Kadar faedah The Fed dijangka lakukan tiga pemotongan tahun ini
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, keputusan Rizab Persekutuan (The Fed) Amerika Syarikat (AS) yang dijangka akan menurunkan kadar faedah sehingga tiga kali pada 2025 didorong oleh faktor seperti tekanan inflasi yang semakin reda serta keperluan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dalam persekitaran ketidaktentuan global.
Gangguan bekalan air: 65,000 pengguna SADA di Kota Setar, Kubang Pasu terjejas
Henti tugas LRA Bukit Pinang itu menyebabkan pengguna di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu terjejas bermula 4.30 petang semalam sehingga kerja-kerja pembaikan dan pengagihan semula bekalan air selesai.
Institusi pondok - rakan strategik KDN, polis perkukuh kefahaman Islam
Institusi pondok berpotensi menjadi rakan strategik kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam usaha membendung ekstremisme serta memperkukuh kefahaman mengenai Islam.

Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung 2025
Operasi Ascend Airways yang berpangkalan di United Kingdom akan dimulakan dengan dua pesawat Boeing B737-800s dan empat pesawat B737 MAX 8s.
150,000 pelawat dijangka berkunjung ke jambatan angkat tahun ini
Kerajaan Terengganu menyasarkan 150,000 pengunjung ke jambatan angkat tahun ini, didorong oleh pelbagai program yang dirancang serta pemerkasaan kerjasama dengan penggiat pelancongan.
Bencana banjir: mangsa di Sabah meningkat kepada 4,122 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS di Sabah meningkat kepada 4,122 orang daripada 1,357 keluarga setakat 8 pagi Isnin, berbanding 3,579 orang daripada 1,203 keluarga, pada Ahad.

Artis, masyarakat jangan normalisasi maksiat - Ahmad Sanusi
Ahmad Sanusi berpesan kepada golongan atau pasangan yang belum berkahwin, janganlah menormalisasikan perkara yang dilarang Allah.

Orang Asli disaran ceburi sektor pelancongan di Melaka
Kerajaan negeri sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli melalui penjanaan pendapatan yang tetap dan stabil.

Tiga perkara utama jamin masa depan Cameron Highlands
Pertanian moden, agro-pelancongan serta industri asas tani merupakan tiga perkara penting yang akan membentuk masa depan Cameron Highlands.