KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Keterjeaminan Makanan mempunyai fokus untuk menggalakkan pemodenan dan penggunaan teknologi dalam aktiviti pertanian di Sabah.
Berkongsi aspirasi itu, timbalan Menterinya, Chan Foong Hin berkata, kementerian beliau komited untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam pelbagai perkara bagi memperkasa industri pertanian.
Menurutnya, kementerian beliau akan meneruskan siri jelajah dalam sektor pertanian dan agromakanan di Sabah dan Sarawak.
"Pertemuan dua hala ini bertujuan untuk mengeratkan kerjasama strategik Kementerian di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Wilayah Sabah dan Sarawak dalam menangani isu keterjaminan makanan.
"Turut dibincangkan pelbagai perkara termasuk pendekatan menghormati autonomi Kerajaan Wilayah dalam bidang pertanian serta meneroka ruang kerjasama terutamanya bersama Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, yang diterajui menterinya, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Pada lawatan ini juga, Foong Hin turut mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri merentasi semua subsektor agromakanan disertai jabatan dan agensi berkaitan pertanian di Sabah bagi mendapatkan input, pandangan dan cadangan untuk terus memperkukuh industri pertanian secara mampan.
Ia akan dilaksanakan secara bersiri dan berterusan di kedua-dua wilayah Sabah dan Sarawak bagi terus memperkukuhkan agenda keterjaminan sekuriti makanan negara.
Terdahulu, Foong Hin bersama Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu.
Abdul Hafiz Mustadi
Tue Dec 27 2022
Terdahulu, Foong Hin (kanan) bersama Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor (tengah) di pejabatnya di Menara Kinabalu.
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Donald Trump beri penghormatan terakhir untuk Jimmy Carter
Lawatan ini menandakan kali pertama beliau kembali ke Capitol sejak rusuhan ganas yang berlaku pada 6 Januari 2021.
74 kanak-kanak di Gaza terbunuh minggu pertama 2025 - UNICEF
Serangan "waktu malam" oleh Israel di kawasan seperti Bandaraya Gaza, yang dianggap sebagai “zon selamat telah meragut nyawa kanak-kanak.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
Lelaki warga Amerika Syarikat yang dikehendaki ditahan di Indonesia
lelaki berkenaan yang dikenali sebagai "TJC" dan berusia 43 tahun dilapor tiba di Jakarta dari Malaysia pada 4 Disember tahun lalu.
Kiosk Sentuhan MADANI permudah akses orang ramai kepada perkhidmatan kerajaan
Inisiatif itu menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di kawasan tumpuan ramai dengan jangka masa operasi yang lebih panjang, sekaligus memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan awam.
Malaysia anjur dialog hak asasi manusia, alam sekitar
Malaysia menganjurkan Dialog Hak Asasi Manusia dan Hak Alam Sekitar yang julung kali diadakan di Putrajaya pada Khamis.
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - Jais
Pemakluman awam kepada waris untuk membuat pengecaman plot kubur ahli keluarga sebelum 5 Januari dan pemakluman kerja-kerja pengalihan kubur pada 6 Januari hingga 9 Januari telah dibuat oleh JAIS.
Konsert Pinkfish: Polis rakam keterangan individu dirawat di PPUM
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata individu berkenaan telah dibenarkan keluar dari PPUM semalam selepas lebih seminggu dirawat di PPUM.
MAFS cuba wujudkan sistem data raya bekalan sayur tahun ini - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa pihaknya sedang berusaha gigih, cuba membangunkannya dalam tahun ini.
Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama dua hala dalam bidang sekuriti makanan, pertanian
Malaysia dan Indonesia akan memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang sekuriti makanan menerusi perdagangan agromakanan serta kerjasama teknikal pertanian bagi menjamin sumber makanan yang mampan da
Malaysia, Rusia akan meterai MoU pertanian, perikanan
Malaysia dan Rusia dijangka memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pertanian serta perikanan tahun ini bagi memperkukuh hubungan dua hala dan perdagangan antara kedua-dua negara.
Kekurangan bekalan telur semakin pulih - Mohamad Sabu
Kekurangan bekalan telur di pasaran negara ini semakin pulih susulan langkah sementara yang diambil kerajaan membenarkan telur diimport, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.
Mat Sabu tak terkejut MAFS dapat markah tercorot
Mohamad berkata, pihaknya tidak terkejut dengan pandangan tersebut berikutan masalah bekalan telur termasuk ayam sudah menjadi tumpuan negara sejak setahun lalu.
MAFS fokus galakkan teknologi dalam pertanian - Foong Hin
Kementerian Pertanian dan Keterjeaminan Makanan mempunyai fokus untuk menggalakkan pemodenan dan penggunaan teknologi dalam aktiviti pertanian di Sabah.
Kerajaan teliti keperluan senaraikan telur import sebagai barangan kawalan
Kerajaan sedang meneliti keperluan menyenaraikan telur yang diimport sebagai barangan terkawal, antara lain bagi memastikan harganya kekal mampu milik.
Kerajaan setuju beri kebenaran sementara kemasukan telur ayam sumber luar
MAFS membenarkan kemasukan telur ayam dari India hari ini melalui laluan udara sebagai fasa percubaan.