PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) bersetuju memberikan kebenaran sementara kemasukan telur ayam dari sumber luar dan kebenaran ini akan dikaji semula apabila bekalan telur dalam negara kembali stabil.
Dalam kenyataan hari ini, MAFS memaklumkan bagi menampung kekurangan bekalan telur yang sedang dihadapi oleh negara sejak beberapa bulan lepas, pihaknya membenarkan kemasukan telur ayam dari India hari ini melalui laluan udara sebagai fasa percubaan bagi memastikan telur ayam yang diimport menepati segala piawaian yang ditetapkan.
"Kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah melaksanakan kawalan kemasukan telur ayam import di pintu masuk secara ujian Hold, Test and Release (HTR), yang merangkumi ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) untuk pengesanan bakteria Salmonella, virus Newcastle Disease dan Avian Influenza.
"Pengujian yang dijalankan ini adalah bagi memastikan rakyat menerima telur ayam import yang selamat, bersih, halal dan bebas daripada segala penyakit di samping melindungi industri penternakan negara. Segala protokol dan tatacara yang ditetapkan oleh kerajaan juga telah dipatuhi tanpa kompromi," menurut kenyataan itu.
Menurut MAFS, hasil ujian yang dilaksanakan oleh MAQIS dan DVS mendapati telur ayam yang diimport bebas daripada segala penyakit, selamat dan mematuhi segala piawaian yang ditetapkan bagi kegunaan pasaran negara.
"Inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar bukanlah untuk menekan pengusaha industri telur ayam tempatan, sebaliknya bagi memastikan kecukupan bekalan telur ayam dalam negara dengan harga yang kompetitif selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutamakan kebajikan rakyat," menurut kenyataan itu.
Isu harga dan ketiadaan telur di pasaran telah menjadi isu yang dihadapi oleh rakyat negara ini.
Semalam, Bernama melaporkan bekalan telur ayam di pasar raya dan kedai runcit di lima negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Melaka dilihat semakin meruncing berikutan banyak pihak, termasuk pengguna dan peniaga mengakui berdepan kesukaran mendapatkan bekalannya ketika ini.
Pada 6 Dis lepas, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu dilaporkan berkata kerajaan bersetuju mengimport bekalan telur ayam dari beberapa sumber luar sebagai pelan jangka pendek untuk menampung keperluan bekalan dalam negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2022
![Kerajaan setuju beri kebenaran sementara kemasukan telur ayam sumber luar Kerajaan setuju beri kebenaran sementara kemasukan telur ayam sumber luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81669977579_Telur.jpg)
MAFS membenarkan kemasukan telur ayam dari India hari ini melalui laluan udara sebagai fasa percubaan. - Gambar hiasan
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
![Jualan Rahmah: 2,000 ayam dijual dalam masa dua jam Jualan Rahmah: 2,000 ayam dijual dalam masa dua jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699704463_AyamRahmahKualaL.jpg)
Jualan Rahmah: 2,000 ayam dijual dalam masa dua jam
Selain ayam, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan lain seperti telur dan minyak masak.
![Subsidi ayam tamat Rabu, subsidi telur diteruskan - Mohamad Subsidi ayam tamat Rabu, subsidi telur diteruskan - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698632985_tbMohamadSabuKual.jpg)
Subsidi ayam tamat Rabu, subsidi telur diteruskan - Mohamad
Kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.8 bilion bagi menampung kos ayam dan telur sehingga Februari tahun ini.
![Belanjawan 2024: Kawalan harga telur, ayam dilepaskan - PM Anwar Belanjawan 2024: Kawalan harga telur, ayam dilepaskan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697192612_ayam.jpg)
Belanjawan 2024: Kawalan harga telur, ayam dilepaskan - PM Anwar
Kawalan harga sementara bagi telur dan ayam yang ditetapkan sebelum ini akan dilepaskan supaya pasaran tempatan boleh berfungsi dengan bebas.
![Peruncit didenda RM10,000, jual telur lebihi harga kawalan Peruncit didenda RM10,000, jual telur lebihi harga kawalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695195311_Telurohtelur.jpg)
Peruncit didenda RM10,000, jual telur lebihi harga kawalan
Sebuah syarikat peruncit didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, kerana menjual telur ayam melebihi harga kawalan yang ditetapkan.
![22.6 juta telur diedarkan FAMA sejak November lalu 22.6 juta telur diedarkan FAMA sejak November lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81669977579_Telur.jpg)
22.6 juta telur diedarkan FAMA sejak November lalu
FAMA telah mengedarkan sejumlah 22.6 juta biji telur melalui 369 outlet pemasarannya di seluruh negara bermula November lalu sehingga hari ini bagi menampung bekalan telur ayam di pasaran.
![Pengimport telur gagal saman Ka Siong Pengimport telur gagal saman Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678709503_SuratpeguamWeeKa.jpg)
Pengimport telur gagal saman Ka Siong
Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan, tindakan beberapa pengimport telur yang ingin menyaman beliau susulan kenyataan semasa sidang Dewan Rakyat pada Februari lalu tidak berhasil.
![Gara-gara telur Ka Siong terima surat saman Gara-gara telur Ka Siong terima surat saman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677050795_TBwekasiong.jpg)
Gara-gara telur Ka Siong terima surat saman
Ka Siong bingung hanya kerana utarakan masalah rakyat di Dewan Rakyat, beliau disaman pengimport telur dari India.
![Minyak peket, telur jadi barang 'panas', peniaga terpaksa naikkan harga makanan Minyak peket, telur jadi barang 'panas', peniaga terpaksa naikkan harga makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674554251_TBPENIAGA.jpg)
Minyak peket, telur jadi barang 'panas', peniaga terpaksa naikkan harga makanan
Isu kekurangan bekalan minyak masak peket dan telur masih belum menemui titik penyelesaian.
![FLFAM beri jaminan bekalan ayam dan telur kembali normal FLFAM beri jaminan bekalan ayam dan telur kembali normal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671115267_TBtelurj.jpg)
FLFAM beri jaminan bekalan ayam dan telur kembali normal
Komitmen itu dinyatakan selepas pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.
![Lima papan telur sebagai ganjaran 'Man of the Match' Lima papan telur sebagai ganjaran 'Man of the Match'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674196409_TBROLLEGGS.jpg)
Lima papan telur sebagai ganjaran 'Man of the Match'
Apa yang menjadi buah mulut ialah hadiah yang diterima Musonda sebagai ganjaran Man of the Match, iaitu lima papan telur.