KUALA TERENGGANU: Lebih 2,000 ekor ayam berharga RM6.50 sekilogram habis dijual pada program Jualan Rahmah Bergerak di pekarangan Muzium Negeri Terengganu di sini hari ini.
Selain ayam, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan lain seperti telur, minyak masak peket, sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijual 40 peratus lebih murah daripada harga pasaran semasa.
Peniaga ayam, Kamal Affendi Mohd Noor, 47, berkata walaupun hujan orang ramai berkunjung seawal 7.30 pagi untuk mendapatkan bekalan ayam yang dijual pada harga jauh lebih murah berbanding pasar raya serta pasar basah.
Beliau berkata selain suri rumah, golongan peniaga juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan bekalan kerana tiada had pembelian ditetapkan.
"Jualan dibuka pada 8 pagi, tetapi 7.30 pagi dah ada pelanggan menunggu. Hari ini kita bawa bekalan 4,000 ayam. Insya-Allah cukup untuk semua orang.
"Kebanyakan pelanggan beli lebih dua ekor seorang. Malah, ada yang sampai lima ekor untuk buat stok kerana anak ramai," katanya ketika ditemui di Jualan Rahmah Bergerak di sini hari ini.
Suri rumah, Tengku Shakila Tengku Mansoor, 35, berkata beliau dapat menjimatkan kira-kira 30 peratus perbelanjaan dengan membeli-belah di Jualan Rahmah.
Katanya selain ayam, barangan keperluan yang menjadi tumpuan termasuk beras, tepung, minyak masak dan telur yang merupakan barangan asas dan wajib ada di rumah.
"Dengan adanya Jualan Rahmah tidak terasa sangatlah beban kenaikan harga barang. Malah, penamatan subsidi ayam pun tidaklah memberi kesan ketara kepada rakyat.
"Cuma kalau boleh janganlah hanya hujung minggu, buatlah juga Jualan Rahmah secara tetap di mana-mana tempat untuk ringankan lagi beban rakyat," katanya yang sudah lebih 10 kali berbelanja menerusi program itu.
Sementara itu di Bukit Mertajam, PULAU PINANG, orang ramai sanggup berpanas dan beratur panjang untuk membeli barangan keperluan di Jualan Rahmah Bergerak di Kampung Petani, Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.
Tinjauan Bernama mendapati seawal 8 pagi penduduk kampung dan kawasan sekitarnya mula beratur tanpa mempedulikan cuaca yang mulai panas sambil berpayung, malah ada juga yang membawa anak.
Salmah Ishak, 68, dari Bukit Indera Muda berkata jualan seperti ini sangat membantu terutama ibu tunggal sepertinya yang tidak mempunyai pendapatan dan hanya bergantung kepada anak-anak untuk perbelanjaan harian.
"Hari ini mak cik beli beras, ayam, udang, bawang dan barangan keperluan asas lain untuk buat stok di rumah. Harga memang murah dari kedai ... terima kasih kepada kerajaan atas inisiatif ini yang sangat membantu golongan kurang mampu," katanya.
Pekerja swasta Mohd Aziz Ibrahim, 43, juga berasa lega kerana dia boleh menjimatkan perbelanjaannya melalui Jualan Rahmah yang menawarkan harga jauh lebih murah berbanding pasar raya atau kedai biasa.
"Terima kasih kerajaan kerana mendengar keluhan golongan B40 seperti saya dengan memperkenalkan jualan murah seperti ini dan saya harap inisiatif sebegini dapat diteruskan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2023

Selain ayam, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan lain seperti telur dan minyak masak. - Bernama
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing. #AWANInews
Permohonan lesen insurans, takaful digital dapat sambutan - BNM
Tempoh permohonan lesen Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026.
LHDN tumpu pelaksanaan e-invois, pembesaran asas cukai
LHDN akan memperkenalkan Tekad HASiL 2026-2030 iaitu pernyataan awal aspirasi dan komitmen pengurusan atasan untuk memastikan LHDN terus relevan.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur. #AWANInews
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. #AWANInews
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

774 penolong pegawai perubatan bakal diserap ke jawatan tetap - Dr Dzulkefly
Langkah itu selaras komitmen kerajaan memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan serta memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.

Jualan Rahmah akan diperbanyak termasuk di kawasan berisiko banjir - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperbanyak program Jualan Rahmah termasuk di kawasan berisiko banjir.

Majoriti responden mahu Payung Rahmah dikekalkan - Fuziah
Sebanyak 81 peratus daripada 1,600 responden berpuas hati dengan pelaksanaan program Payung Rahmah yang meliputi inisiatif Bakul Rahmah, Jualan Rahmah dan Pakej Rahmah.

Jualan Rahmah rekod lebih 9 juta pengunjung tahun lepas
Seramai 9.2 juta pengunjung direkodkan pada 6,870 program Jualan Rahmah yang diadakan di seluruh negara pada tahun lepas.

Jualan Rahmah dua kali sebulan di Perak
Terdapat tiga cara pelaksanaan Jualan Rahmah, iaitu dalam premis (pasar raya), luar premis (kawasan terbuka) dan lori bergerak.

Jualan Rahmah bantu rakyat buat persediaan sambut puasa
Pembeli yang ditemui memberitahu, Jualan Rahmah menjadi platform yang membantu menjimatkan perbelanjaan golongan B40.

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu Jualan Rahmah
Seorang penjawat awam wanita ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkaitan program Jualan Rahmah, tahun lepas.

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 23 hingga 27 Dis
KPDN akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan sempena sambutan Krismas berkuat kuasa 23 hingga 27 Dis ini.

KPDN tambah baik pelaksanaan Jualan Rahmah tahun depan - Armizan
KPDN komited untuk menambah baik inisiatif Program Jualan Rahmah sebagai usaha memastikan manfaatnya terus dinikmati golongan sasar di seluruh negara pada tahun depan.

Barang keperluan masih ada, mudah diperolehi di Pasir Gudang - KPDN
Pemeriksaan dijalankan KPDN Johor di beberapa premis di Pasir Gudang mendapati tidak timbul isu kekurangan bekalan barang keperluan.

Orang ramai harap Jualan Rahmah diadakan lebih kerap, dapat berjimat
Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barang keperluan di Program Jualan Rahmah kerana harganya lebih murah dan mudah dapat bekalan.