Finalis Badminton Final Jelajah Dunia BWF musim lalu itu memperbaharui ranking terkini apabila melonjak ke tempat kedua dunia, sekali gus menyamai rekod pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sebelum ini.
Meskipun tewas seawal pusingan 32 Petronas Terbuka Malaysia dalam aksi pembukaan Jelajah BWF Selasa lalu, kedudukan Sze Fei-Nur Izzuddin tetap meningkat susulan beregu lelaki utama China, Liang Wei Keng-Wang Chang, gagal mempertahankan gelaran selaku juara kejohanan ini, musim lalu.
2024 menjadi tahun kebangkitan mereka apabila berhasil merangkul tiga gelaran dunia iaitu Terbuka Jepun, Terbuka China bertaraf super 1000 dan Terbuka Finland menewaskan lawan masing-masing.