Pada masa sama, agihan BAP bagi murid Tingkatan 6 semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksanakan bermula 16 Februari ini.
Agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu pula akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2025.
Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini, beberapa keadah agihan BAP kepada murid akan dilakukan termasuk oleh pihak sekolah menggunakan kaedah serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa/murid (sekolah menengah).
"Agihan juga menggunakan kaedah lain seperti pengkreditan ke akaun bank murid atau pengkreditan ke akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025).
"Kerajaan Madani memperuntukkan sejumlah RM791,250,000 khusus untuk bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta murid.
"Pada tahun ini, buat pertama kali inisiatif BAP akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6," ujarnya.
Jelas KPM lagi, inisiatif BAP menyerlahkan keprihatinan Kerajaan Madani untuk membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelang.