PUTRAJAYA: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyedari bahawa segelintir pihak menganggap Dasar Gaji Progresif sukar untuk dilaksanakan, dan ia disifatkan sebagai terlalu bercita-cita tinggi.
Begitu pun, Rafizi berharap kakitangan Kementerian Ekonomi percaya kepada usaha itu, yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan bagi memastikan isu gaji dalam negara dapat diselesaikan.
"Secara konsepnya, ia (Dasar Gaji Progresif) satu perkara yang tidak pernah dicuba oleh mana-mana pentadbiran sebelum ini. Saya tahu dalam satu bilik (yang mempunyai) 10 orang dan bila saya tanya, sembilan orang kata ini tak akan jadi... ini akan gagal dan akan ada macam-macam sinikal.
"Saya selalu sebut bahawa dalam politik dan pentadbiran, mentadbir sesuatu bukan sahaja negara, (tetapi juga) pentadbiran organisasi, dia macam main 'American football'.
"Jadi fokus kita adalah untuk bergerak ke depan satu langkah ke satu langkah. Perkara-perkara besar (yang akan) mengubah masyarakat dan ekonomi, tidak pernah berlaku dengan satu hari atau satu keputusan, ia terus jadi," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Menteri Ekonomi bersama Warga Kementerian Ekonomi, di sini pada Selasa.
Berucap lanjut, Rafizi berkata Malaysia dilihat ketinggalan berbanding ekonomi-ekonomi lain kerana banyak hasil tidak dijana kembali kepada para pekerja.
Beliau menambah, pentadbiran-pentadbiran sebelum ini didakwa mengambil pendirian bahawa Dasar Gaji Progresif sukar untuk dilakukan, dan membiarkan 'ia berlaku dengan sendiri'.
"Sekarang kita dah tahu bahawa ia tak berlaku dengan sendiri dan memerlukan dasar kerajaan yang membimbing, tempat, serta insentif yang kita perlu pastikan beberapa peraturan mengenai gaji mesti dipatuhi," katanya lagi.
Justeru, Ahli Parlimen Pandan itu yakin kertas dasar yang sedang disediakan oleh kementerian itu mampu mengubah sistem gaji sedia ada negara.
Ujarnya lagi, sebaik sahaja kertas dasar tersebut siap, Kementerian Ekonomi akan mendapatkan pandangan daripada kementerian dan agensi lain sebelum ia diputuskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
Dasar Gaji Progresif dijangka dibentangkan buat kali pertama pada Ogos ini kepada MTEN.
Hasimi Muhamad
Tue Jul 04 2023
Rafizi berkata Malaysia dilihat ketinggalan berbanding ekonomi-ekonomi lain kerana banyak hasil tidak dijana kembali kepada para pekerja. - Foto/BERNAMA
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Peniaga sambut baik keputusan PM naik gaji minimum
Peniaga restoran, pemilik tadika dan pekerja berpendapat pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan memberi manfaat dan impak positif.
Kerajaan lihat keperluan panjangkan tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif - Rafizi
Ini supaya majikan mendapat manfaat daripada produktiviti dan pekerja yang berkemahiran menerusi program itu.
Dasar Gaji Progresif: Kementerian Ekonomi, Kesuma tumpu pembinaan sistem yang lebih teguh
Kementerian Ekonomi, Kesuma sedang membina sistem yang lebih baik bagi memastikan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif berkesan pada hujung 2024.
Penilaian impak projek rintis Dasar Gaji Progresif dibuat Sept ini
Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata sehingga 25 Jun seramai 732 majikan telah membuka akaun menerusi Sistem Gaji Progresif.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Empat jawatankuasa ditubuh bagi nilai impak projek rintis Dasar Gaji Progresif
Empat Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan merentas kementerian dan agensi ditubuhkan untuk memperincikan mekanisme pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.
Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif tidak wajib - Rafizi
Kerajaan tidak boleh mewajibkan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif kerana perlu mengambil kira kemampuan syarikat, majikan dan ekonomi negara.
Pandangan kesatuan pekerja penting dalam penggubalan Dasar Sumber Manusia - Cuepacs
Kementerian Sumber Manusia (KSM) diharap sentiasa mengambil kira pandangan kesatuan pekerja terutama dalam menggubal Dasar Sumber Manusia baharu.
Laksana segera projek perintis Dasar Gaji Progresif - Steven Sim
Menteri Sumber Manusia mengarahkan kementerian itu untuk melaksanakan segera projek perintis Dasar Gaji Progresif.
Pastikan dua juta pekerja asing tidak jadi tantangan laksanakan gaji progresif - Penganalisis
Kerajaan perlu memastikan keberadaan dua juta pekerja asing dalam negara tidak menjadi tantangan kepada pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.