KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong hari ini mengarahkan kementerian itu untuk melaksanakan segera projek perintis Dasar Gaji Progresif bagi membolehkan pekerja mendapat gaji yang lebih bermaruah dan wajar.
Beliau berkata bagi tujuan itu, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Ekonomi untuk menjayakan pelaksanaan projek tersebut dan usaha lain bagi mereformasikan pasaran buruh negara.
"Setelah diberikan amanah sebagai Menteri Sumber Manusia, saya meletakkan tiga teras utama yang ingin saya tekankan di kementerian ini iaitu memperkukuh kebajikan, meningkatkan kemahiran dan menaikkan keberhasilan (produktiviti) pekerja," menurutnya dalam kenyataan di sini.
Sim berkata dalam tempoh satu minggu pertama ini, beliau telah membuat beberapa keputusan penting yang menyentuh tiga teras itu antaranya mengarahkan HRD Corp untuk tidak meneruskan projek Skills Passport kerana didapati tidak lagi sesuai selain tertangguh lebih setahun.
Beliau berkata kementerian itu juga akan merangka Dasar Sumber Manusia Negara sebagai panduan utama bagi menyokong ketiga-tiga teras utama selain mempersiap pasaran buruh yang mampu mendepani cabaran masa hadapan seperti perkembangan teknologi digital, agenda negara menua, ekonomi hijau, ketidakpadanan pekerjaan dan keperluan pekerjaan wajar selaras dengan kerangka Ekonomi Madani.
Sim turut memaklumkan pelantikan Bendahari Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank Malaysia (NUBE) dan Ahli Majlis Am Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Chee Yeeh Ceeu sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas.
"Sejak awal pelantikan, saya telah menyatakan iltizam untuk berdiri bersama pekerja. Oleh itu, saya berbesar hati melantik seorang aktivis kesatuan sekerja...
"Beliau adalah seorang aktivis gerakan buruh yang mempunyai 15 tahun pengalaman aktif dalam pergerakan kesatuan sekerja dan pelantikan ini membolehkan penglibatan yang lebih rapat kaum pekerja dalam pembuatan dasar di peringkat kementerian," katanya.
Sim juga berkata beliau bersama timbalannya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad telah mengadakan sesi jelajah ke setiap jabatan dan agensi bagi memahami fungsi serta peranan dalam kementerian sebelum membuat perancangan untuk mengoptimumkan fungsi bagi setiap jabatan dan agensi.
"Kementerian Sumber Manusia akan tetap berpegang kepada prinsip integriti, ketelusan dan tatakelola yang baik berpandukan nilai-nilai Madani dalam setiap tindakan yang dibuat demi kebaikan kaum pekerja, rakyat secara amnya dan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023

Kementerian Sumber Manusia akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Ekonomi untuk menjayakan pelaksanaan projek tersebut dan usaha lain bagi mereformasikan pasaran buruh negara. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
Ia bagi memastikan perlindungan 24 jam sehari dalam tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian.

Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.

KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.

Kesuma komited pastikan keselamatan pekerja di tempat kerja sentiasa terjamin
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) komited untuk memastikan keselamatan pekerja ketika berada di tempat kerja sentiasa terjamin.

Lebih 600,000 pekerja di Malaysia mungkin terkesan dengan AI dalam tempoh 5 tahun
Lebih 600,000 Pekerja Di Malaysia Mungkin Terkesan Dengan AI Dalam Tempoh 5 Tahun

Perkeso kuat kuasa had siling gaji baharu untuk caruman berkuat kuasa hari ini
Perkeso akan menguatkuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan, mulai hari ini.

Empat perundangan di bawah KESUMA kuat kuasa esok
Empat perundangan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan mula berkuat kuasa esok bagi menambah baik prinsip kebebasan berkesatuan dan perundangan kolektif.

Belanjawan 2025: KESUMA tumpu perkasa institusi TVET di bawah kementerian
Kementerian Sumber Manusia menumpukan agenda memperkasakan institusi TVET di bawah kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.

Dewan Negara lulus dua RUU di bawah KESUMA
RUU itu masing-masing diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Lebih 300 majikan mohon sertai projek rintis Dasar Gaji Progresif
Kementerian Sumber Manusia menerima 362 permohonan daripada majikan yang ingin menyertai projek rintis Dasar Gaji Progresif sejak diperkenalkan.