GUA MUSANG: Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang ustaz dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang dekat sini sejak dua tahun lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, setakat ini, enam laporan terhadap suspek sama telah diterima pihaknya termasuk tiga laporan melibatkan pelajar tahfiz di Bachok yang berusia 12 hingga 13 tahun.
“Suspek masih direman sehingga 29 April ini dan banyak lagi perkara yang kita ingin lihat.
"Sebelum ini, tiga laporan dibuat pelajar di Bachok yang merupakan tempat suspek bertugas sebelum ini.
“Mungkin ramai lagi mangsa kerana di Machang sahaja kita dapati penuntut dan pelajarnya ada 15 orang.
"Jadi, mangsa yang lain mungkin masih ragu-ragu.
"Kita masih tunggu dan kita akan panggil ibu bapa terlibat,” katanya semasa sidang akhbar di Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, malam tadi.
Menurut beliau, siasatan mendapati pusat tahfiz berkenaan juga beroperasi tanpa kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) selain tidak dipantau oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Ujarya, pusat tahfiz itu beroperasi di bangunan terbiar di atas tanah milik kerajaan.
Muhamad Zaki turut memberitahu, pihaknya akan turut meneliti jika wujud kes-kes sedemikian di daerah lain.
"Saya telah mengarahkan ketua polis daerah dan ketua balai polis untuk melihat ke kawasan lain jika wujud kes sedemikian.
“Kita mahu institusi sekolah agama ini betul-betul memberikan satu pengajian dan boleh menjaga kebajikan anak-anak,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 28 2024

Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, setakat ini, enam laporan terhadap suspek sama telah diterima pihaknya termasuk tiga laporan melibatkan pelajar tahfiz di Bachok yang berusia 12 hingga 13 tahun.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Anak pengasuh direman kes liwat budak lelaki 4 tahun
Lelaki yang disyaki meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, Oktober lalu ditahan reman empat hari.

Anak pengasuh ditahan, dipercayai liwat kanak-kanak lelaki 4 tahun
Polis menahan anak pengasuh berusia 23 tahun kerana dipercayai meliwat seorang kanak-kanak asuhan ibunya yang berusia empat tahun di Taman Perindustrian Tampoi Jaya pada Sabtu.

Kes dera, liwat pelajar di Merbok, lima individu ditahan
Seramai lima individu ditahan bagi membantu siasatan kes pelajar sebuah maahad tahfiz di Merbok dekat sini, mendakwa didera dan diliwat ketika berada di pusat pengajian itu, Jun lalu.

Pemuda diliwat ketika minta kerja, lelaki Pakistan direman
Pemuda diliwat ketika minta kerja, warga Pakistan direman

Polis sahkan terima laporan kes liwat banduan
Polis mengesahkan bahawa ada menerima laporan berhubung banduan didakwa meliwat rakan banduan lain di Penjara Pusat Kota Kinabalu di sini.

Enam lagi laporan kes liwat pelajar
Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang ustaz dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang.

Tukang masak hadapi 7 pertuduhan rogol, liwat pelajar Tingkatan Tiga di ladang sawit
Seorang tukang masak dituduh di Mahkamah Sesyen atas tujuh pertuduhan termasuk merogol, meliwat dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar Tingkatan Tiga.

Kes seksual remaja di Kelantan membimbangkan - Ketua Polis
Statistik Januari hingga September tahun ini merekodkan 145 kes seksual berlaku di negeri itu.

Jangan bandingkan saya dengan Najib - Anwar
Anwar tegaskan, beliau hanya dihantar ke pusat tersebut untuk mendapatkan rawatan pakar selepas menjalani pembedahan di bahu.

Langgar kewajipan statutori: Majlis Peguam gagal semak keputusan Mahkamah Persekutuan
Majlis Peguam gagal menyemak keputusan terdahulu Mahkamah Persekutuan bahawa ia telah melanggar kewajipan statutorinya.