PUTRAJAYA: Majlis Peguam gagal menyemak keputusan terdahulu Mahkamah Persekutuan bahawa ia telah melanggar kewajipan statutorinya apabila membenarkan usul mengenai kelakuan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dibahaskan pada Mesyuarat Agung tahunan (AGM) badan itu ketika beliau bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Datuk Zabariah Mohd Yusof menolak permohonan Majlis Peguam tanpa kos selepas memutuskan bahawa mereka tidak berpuas hati bahawa ia adalah kes yang sesuai bagi mewajarkan kuasa semakan dilaksanakan.
Turut bersidang Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Zabariah berkata hujahan yang dikemukakan di hadapan mahkamah lebih menjurus kepada rayuan terhadap penemuan terdahulu Mahkamah Persekutuan dan panel semasa tidak mempunyai kuasa untuk mendengarnya.
"Bukan tanggungjawab panel ini untuk mempertimbang sama ada panel terdahulu telah atau tidak membuat keputusan yang betul berdasarkan fakta dan undang-undang," katanya sambil menambah bahawa perkara itu adalah berdasarkan pendapat dan tafsiran undang-undang.
Beliau berkata tiada percanggahan dalam keputusan panel terdahulu yang, dalam menjawab persoalan undang-undang, telah menyelesaikan pertikaian serta isu utama iaitu pelanggaran kewajipan statutori Majlis Peguam dan isu lain tidak penting kepada rayuan itu.
Pada Mac 2015, Muhammad Shafee menyaman Majlis Peguam, bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri VC George. Ketika itu, Thomas dan George adalah peguam.
Beliau mendakwa Thomas telah menerbit dan mengemukakan usul pada 28 Feb 2015 untuk dibahaskan dalam AGM ke-69 Majlis Peguam pada 14 Mac tahun sama dan usul itu telah disokong oleh George.
Usul itu berkaitan kelakuan Muhammad Shafee sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam rayuan kes liwat Anwar di Mahkamah Persekutuan yang mendakwa peguam itu telah melanggar peraturan profesion perundangan yang melarang beliau mengiklankan diri.
Usul itu juga mendakwa Muhammad Shafee telah mengambil bahagian dalam jerayawara di seluruh negara dengan tujuan menghina seorang banduan yang telah disabitkan dan menarik perhatian kepada peranan beliau dalam sabitan terhadap Anwar.
Pada 26 Mei 2016, Mahkamah Tinggi menolak saman Muhammad Shafee dan peguam itu juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 11 Okt 2018 yang menyebabkan beliau membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.
Pada 20 Okt 2021, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Muhammad Shafee dan memutuskan bahawa beliau berhak mendapat ganti rugi daripada Majlis Peguam serta memerintahkan agar kes itu dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi.
Dalam keputusan terdahulu Mahkamah Persekutuan, Hakim Abdul Rahman Sebli berkata Majlis Peguam melakukan pelanggaran undang-undang yang jauh lebih serius apabila menyiarkan usul itu dalam laman sesawangnya dan membentangkan ia untuk resolusi pada AGM.
"Ini bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga amat tidak adil serta begitu memprejudiskan perayu (Muhammad Shafee) kerana ia terjumlah kepada prapenghakiman kesalahan beliau sebelum prosiding tatatertib di hadapan Lembaga Tatatertib," katanya.
Pada 10 Feb 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan Anwar bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap beliau. Bagaimanapun, Anwar diberikan pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei 2018.
Pada prosiding hari ini yang berlangsung secara dalam talian, peguam Lambert Rasa-Ratnam mewakili Majlis Peguam manakala Datuk S. Ambiga hadir bagi pihak Thomas dan Porres Royan bagi pihak George. Muhammad Shafee pula mewakili dirinya sendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2022

Majlis Peguam gagal menyemak keputusan terdahulu Mahkamah Persekutuan bahawa ia telah melanggar kewajipan statutorinya. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mahkamah kekalkan hukuman penjara 35 tahun, 12 sebatan, bunuh kanak-kanak
Hakim berkata mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13-14 Mac dengar rayuan akhir
Pengurusan kes berlangsung hari ini, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mahyun Yusof.

Permohonan kerajaan batal saman Hindraf didengar hakim lain 14 Mei
Permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula difailkan Hindraf berhubung pembatalan pendaftaran persatuan itu akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain, 14 Mei ini.

Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.

Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.

Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum
Mereka telah menamakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.

Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari
Peguam Loh iaitu A.Srimurugan mengesahkan tarikh itu kepada Bernama selepas pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Norazimin Kassim,

Bekas Peguam Negara Idrus Harun antara Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu
Mereka dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.