ALOR SETAR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar penyokong UMNO tidak membuat perbandingan kes pemenjaraan beliau dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, dirinya dirujuk ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) selepas menjalani hukuman 10 tahun di penjara atas faktor kesihatan dan usia.
Menurutnya, ia bukan seperti didakwa penyokong Najib yang mendesak agar bekas Presiden UMNO itu berhak dipindahkan ke HRC berikutan Anwar juga diberikan layanan sama ketika menjalani hukuman penjara.
“Ada yang pertikai Anwar boleh dihantar ke HRC, kenapa Najib tak boleh. Dia (Najib) nak pi hak dia. Saya tak komen apa pun tetapi bila ada yang banding dengan saya, itu tak kena.
“Saya masuk ke pusat rehabilitasi selepas 10 tahun lebih duduk dalam penjara seorang, bercakap dengan lipas, nyamuk atau tikus.
"Ketika hadir ke mahkamah, baru boleh jumpa isteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), jadi janganlah banding dengan Najib,” katanya ketika berucap pada program ceramah di Pusat Khidmat Rakyat ADUN Suka Menanti di sini pada malam Ahad.
Anwar tegaskan, beliau hanya dihantar ke pusat tersebut untuk mendapatkan rawatan pakar selepas menjalani pembedahan di bahu.
“Saya duduk dalam penjara dekat 11 tahun, mereka duduk seminggu tak sampai, mengadu sakit perut, sakit lutut macam-macam, baru (mereka) tahu.
“Saya nak bagi tahu betul-betul, saya tak mahu dendam. Kalau benar Najib sakit, doktor sahkan sakit, bagilah ubat jangan dera (keadaan), saya tak ada masalah (berhubung pemindahan Najib ke hospital rehabilitasi),” katanya.
Menurutnya, ketika dipenjara, beliau hanya tidur di lantai simen sebelum doktor menasihatkan supaya diberikan katil susulan keadaan tulang belakang yang semakin serius pada 2015.
“Masa dulu saya masuk (penjara), lempar atas lantai saja. Saya alami macam-macam, mata lebam, pecah mulut, gigi, telinga ketika itu 40 peratus hilang pendengaran. Itu pun selepas 10 tahun saya baru diberikan katil, Najib masuk terus dapat katil.
“Saya sebut bukan sebab nak banding tapi sebab orang UMNO pertikai apa beza? Bacalah semula kes saya, berbeza dengan kes Najib yang didakwa menerima RM42 juta dalam akaun,” ujarnya.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, selepas dibebaskan beliau ditawarkan untuk menjalani rawatan susulan oleh Presiden Turki di Istanbul.
“Selepas pembedahan dan masukkan besi, tidaklah pulih 100 peratus, namun alhamdulillah perubatan Turki begitu tinggi dan saya mampu pulih dengan baik. Jadi orang tahu apa berlaku sebenarnya, fitnahlah banyak mana pun,” katanya lagi.
Pada tahun 1999, Anwar dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana didapati bersalah atas penyalahgunaan kuasa.
Dua bulan kemudian, Anwar dijatuhi hukuman kedua selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat).
Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan Malaysia menggugurkan sabitan kesalahan liwat terhadap Anwar dan dikeluarkan pada 2 September kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku.
Pada November 2006, beliau mengumumkan bertanding di Parlimen pada pilihan raya 2008.
Pada 16 Mei 2018, Anwar dibebaskan setelah hampir tiga tahun dipenjara selepas mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 26 2022

Anwar berkata, dirinya dirujuk ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) selepas menjalani hukuman 10 tahun di penjara atas faktor kesihatan dan usia. - FB Anwar Ibrahim
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.