KOTA KINABALU: Polis Kota Kinabalu mengesahkan bahawa ada menerima laporan berhubung banduan didakwa meliwat rakan banduan lain di Penjara Pusat Kota Kinabalu di sini.


Ringkasan AI
  • Polis Kota Kinabalu mengesahkan menerima laporan tentang seorang banduan yang didakwa meliwat rakan banduan lain di Penjara Pusat Kota Kinabalu pada 30 Mei lalu.
  • Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, menyatakan kes itu dibuka pada 31 Mei dan melibatkan seorang suspek berusia 40 tahun yang disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
  • Kejadian ini melibatkan suspek warga Filipina yang sebelum ini telah dijatuhkan hukuman penjara 40 tahun dengan 12 sebatan atas kes pembunuhan pemandu e-hailing, dan kini didakwa meliwat mangsa dalam penjara.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 30 Mei lalu.

"Kes dibuka 31 Mei lalu melibatkan seorang suspek berusia 40 tahun.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Sebelum itu, difahamkan kejadian melibatkan suspek warga Filipina yang disabit dengan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada 2019.

Suspek dijatuhkan hukuman penjara 40 tahun dengan 12 sebatan kerana membunuh pemandu e-hailing, namun didakwa telah melakukan perbuatan liwat terhadap mangsa beberapa kali.

Mangsa dikatakan diugut menggunakan senjata tajam buatan sendiri ketika kejadian itu berlaku sehingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang dibunuh.

Namun mangsa dimasukkan ke hospital kerana sakit dan memaklumkan kejadian itu kepada doktor. - Sinar Harian