SEREMBAN: Mayat dua lelaki warga Myanmar berusia dalam lingkungan 30-an yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson dua hari lepas ditemukan di perairan berkenaan, pagi tadi.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan Kapten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata mayat pertama dijumpai nelayan tempatan di kedudukan kira-kira 0.4 batu nautika barat daya Tanjung Tuan pada 8.20 pagi.
"Sementara itu, sejam lebih kemudian, mayat kedua ditemukan anggota (operasi pencarian) tidak jauh dari lokasi mayat pertama, kedua-dua mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dua hari lepas, kedua-dua mangsa yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan bekerja di daerah ini, disyaki lemas ketika mandi di laut kira-kira 20 meter dari pantai Telok Kemang sekitar 1.30 petang.
Haris Fadzillah berkata operasi pencarian sejak Sabtu lepas itu melibatkan hampir 50 anggota APMM, polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia merangkumi kawasan seluas lebih 20 batu nautika daripada pantai.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya menangguhkan aktiviti di pantai ketika cuaca buruk bagi mengelakkan kejadian seumpama itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 20 2021
Operasi pencarian sejak Sabtu lepas itu melibatkan hampir 50 anggota APMM, polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia merangkumi kawasan seluas lebih 20 batu nautika daripada pantai. - Foto ihsan Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Banjir: Jumlah mangsa di Selangor, Perak meningkat
Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak menunjukkan peningkatan dengan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perak setakat 8 malam tadi.
Jumlah mangsa banjir di Kedah turun kepada 1,332 orang
Jumlah mangsa banjir di Kedah berkurang kepada 1,332 orang daripada 426 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 1,384 orang daripada 444 keluarga petang tadi.
Anggota Tentera Darat ditemukan lemas di Tasik Empangan Linggiu
Mangsa dijumpai oleh unit skuba pada kedalaman 13 meter dengan kedudukan kira-kira tujuh meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.
Banjir: Kerajaan Kedah jamin bantuan untuk semua KIR yang layak
Kerajaan negeri Kedah memberi jaminan bahawa semua KIR yang terjejas akibat banjir dan terpaksa berpindah ke PPS akan menerima sumbangan RM1,000 seperti yang telah dijanjikan.
Cabaran dapat sukarelawan perubatan lebih besar berbanding meraih dana – IMARET
Cabaran untuk mendapatkan sukarelawan perubatan yang boleh meluangkan masa sehingga tamat misi banjir adalah lebih besar berbanding cabaran untuk meraih dana bantuan.
Menteri Besar Kedah wajar utamakan rakyat hadapi ujian banjir - Dr Taufiq
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sewajarnya meletakkan keutamaan lebih tinggi untuk bersama-sama rakyat negeri itu yang sedang menghadapi ujian banjir.
Sesi persekolahan bagi sekolah terjejas banjir, jadi PPS akan ditentukan KPM - PM Anwar
KPM akan mempertimbang untuk memberi kelonggaran kepada sekolah yang terlibat, termasuk cuti tambahan kepada pelajar dan murid.
Mangsa banjir di Alor Gajah sedikit menurun malam ini
Mangsa banjir di Alor Gajah sedikit menurun kepada 407 orang daripada 121 keluarga pada 7.30 malam ini berbanding 418 orang daripada 127 keluarga pada 4 petang tadi.
Pelajar Tingkatan 2 lemas ketika mandi sungai bersama rakan
Kegembiran remaja mandi-manda dengan rakan-rakannya pada Jumaat di sebuah sungai berhampiran Jalan Meranti 2, Kampung Pulau Meranti, Puchong berakhir tragedi.
Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di hujung minggu berakhir tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Batang Kali.