"Apabila berlaku (bencana), yang penting adalah bagaimana kita membantu. Konsep ini sangat penting khususnya dalam kita berdepan dengan bencana.
"Marilah kita bersama-sama meringankan beban mereka yang terkesan," katanya pada sesi pelepasan Skuad Ihsan MADANI peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), di sini hari ini.
Skuad disertai seramai 125 sukarelawan warga KPKT itu akan menjalankan misi bantuan pascabanjir di negeri Zon Tengah.
Sementara itu, Nga berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara telah diarahkan untuk membuat penurapan jalan rosak akibat banjir menggunakan peruntukan kecemasan selain menggerakkan SW Corp untuk melaksanakan kerja pembersihan pascabanjir bermula minggu lepas.
"Kita harap persiapan ini menunjukkan Kerajaan MADANI sentiasa berdiri teguh bersama dengan rakyat khususnya mangsa-mangsa banjir," katanya.
Dalam pada itu, Nga berkata pihaknya sedang mengkaji pemberian elaun kritikal kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memperkasakan lagi soal kebajikan mereka.
"Misi saya adalah supaya wira dan wirawati merah kita setanding dengan pasukan uniform yang lain supaya mereka juga diberikan pertimbangan yang sewajarnya," katanya.
-- BERNAMA