SHAH ALAM: Dua lelaki maut manakala lima yang lain termasuk seorang bayi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Persiaran Sultan Ibrahim, Bandar Baru Klang, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima laporan kemalangan membabitkan kereta Perodua Bezza, Honda City dan Toyota Camry itu pada 6.23 pagi.
Beliau berkata lima pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang digegaskan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.
"Dua lelaki berkenaan yang tercampak ke dalam longkang disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM). Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan.
Mangsa yang cedera, katanya terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan, seorang bayi serta dua lelaki dan mereka dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023

Dua mangsa maut, lima cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Persiaran Sultan Ibrahim, Bandar Baru Klang, hari ini. - Foto BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Anggota polis terlibat kemalangan selamatkan pemandu daripada terbakar
Pemandu kereta yang dalam keadaan sedar telah diselamatkan oleh anggota polis terlibat dengan memecahkan cermin dan menariknya keluar.

Lelaki parah, anggota polis cedera kereta bertembung trak PDRM
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 6.40 pagi, sebelum jentera dari BBP Kapar tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.

Kereta penerbit filem musnah terbakar
Bagaimanapun kebakaran Perodua Axia milik lelaki itu tidak membabitkan mangsa.

Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.

Tiga kenderaan terbakar dalam kemalangan di NKVE
JBPM Selangor menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.38 petang sebelum menggerakkan lima anggota bersama jentera ke lokasi kejadian.

Runtuhan tebing: Pihak pengurusan diminta buat kajian terperinci - JBPM
JBPM Selangor meminta pihak pengurusan projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau di Taman Mas, Puchong, Selangor membuat kajian terperinci.

Empat warga Singapura sesat di Air Terjun Bukit Apek ditemukan selamat
Pihak JBPM Selangor menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 7.19 malam.

Pendaratan cemas: Dua kru pesawat Piper selamat - Bomba Selangor
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan dua kru pesawat ringan Piper PA-28-161 yang melakukan pendaratan cemas di satu kawasan lapang dekat Pelabuhan Klang hari ini selamat.

Lelaki hilang terjatuh sungai di Kem Lolo ditemui meninggal dunia
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Kem Lolo, Gunung Nuang pada Ahad ditemui meninggal dunia pada Isnin.