Bagaimanapun kebakaran Perodua Axia milik lelaki itu tidak membabitkan mangsa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.55 petang sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong digerakkan ke lokasi.
"Jentera tiba di lokasi pada 3.14 petang dan komander operasi melaporkan kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dianggarkan musnah terbakar 90 peratus.
"Kejadian itu tidak membabitkan mangsa dan kebakaran juga sudah padam sebelum pihak bomba tiba di lokasi," katanya pada Ahad.
Katanya, operasi berkenaan diketuai komander operasi Marzu Abdullah bersama enam anggota dan sebuah jentera.
Sumber: Harian Metro