DEBAT antara dua calon Perdana Menteri United Kingdom (UK), Rishi Sunak dan Liz Truss dibatalkan selepas hos debat berkenaan pengsan ketika bersiaran langsung di televisyen.
Debat The Sun dan TalkTV yang menampilkan Kate McCann sebagai hos tiba-tiba terhenti separuh jalan selepas bunyi dentuman kuat kedengaran, lapor BBC.
Bunyi itu dipercayai adalah bunyi McCann terjatuh selepas pengsan.
TalkTV dalam kenyataan berkata, McCann berada dalam keadaan baik, namun, mereka memutuskan untuk tidak meneruskan debat itu atas nasihat pasukan perubatan.
“Kami memohon maaf kepada penonton dan pendengar kami,” tambah saluran itu.
Kedua-dua calon Perdana Menteri kemudian dilihat menaikkan ciapan, mengatakan mereka lega mendengar McCann dalam keadaan baik.
Bahkan, mereka juga memberi isyarat bahawa mereka gembira dan sedia untuk berdebat sekali lagi.
Sebelum dihentikan, perbahasan terbaharu di televisyen antara kedua-dua calon itu meliputi cukai dan peningkatan kos sara hidup.
Mereka sepatutnya memulakan bahagian mengenai sokongan UK untuk Ukraine sebelum insiden tersebut berlaku.
Sebelum ini, bekas Menteri Kewangan United Kingdom (UK), Rishi Sunak memperoleh sokongan tertinggi daripada kalangan Ahli Parlimen Konservatif sebagai calon menggantikan Boris Johnson sebagai Perdana Menteri.
Dalam undian pertama, dua lagi calon Nadhim Zahawi dan bekas Menteri Luar, Jeremy Hunt disingkirkan selepas gagal peroleh 30 undi minimum.
Sunak yang bertanggungjawab di atas pengunduran Johnson memperoleh 88 undian.
Agensi
Wed Jul 27 2022

Debat antara dua calon Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak dan Liz Truss dibatalkan selepas hos debat berkenaan pengsan ketika bersiaran langsung di televisyen.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Wan Ahmad Fayhsal sedia berdebat dengan Rafizi tapi bukan di 'podcast'
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan beliau sedia untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam pelbagai isu termasuk cetak wang dan BlackRock.

Debat Generasi MADANI Piala Menteri Pendidikan, kukuhkan perpaduan
Arena debat berupaya mengukuhkan serta memperkasakan perpaduan pelbagai kaum menerusi kerjasama sepasukan dalam menghasilkan hujah yang berkesan.

Harris desak Trump debat bulan depan
Harris menegaskan rakyat AS dan para pengundi berhak melihat mereka bertemu sekali lagi sebelum pilihan raya.

Trump tolak cabaran Harris berdebat semula
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menegaskan beliau tidak akan mengambil bahagian dalam debat televisyen kedua menjelang pilihan raya presiden November ini.

Saham Trump Media menjunam 14.4 peratus selepas debat dengan Harris
Pada 10 September, Donald Trump dan Kamala Harris berdebat buat kali pertama menjelang pilihan raya presiden 2024.

Debat: Harris hujah berdasarkan fakta, Trump ikut emosi dan kepentingan politik
Pendirian beremosi dan mengikut kepentingan politik Trump dapat dilihat ketika debat bersama Joe Biden sebelum ini.

Trump cadang tidak sertai debat ABC News dengan Harris, faktor berat sebelah
Kempen Harris tidak bersetuju dengan keputusan Trump untuk mengadakan debat di Fox News pada 4 September.

Cabaran debat: Fahmi enggan layan, sifatkan Wan Fayhsal 'attention seeker'
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil enggan melayan cabaran debat terbuka yang dibuka Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selain menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Machang itu sebagai attention seeker.

Jom kita berdebat, kata Rafizi kepada Wan Ahmad Fayhsal
Rafizi Ramli mempelawa Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk berdebat.

Trump setuju debat dengan Kamala Harris pada 4 Sept
Trump berkata beliau mencapai persetujuan dengan Fox News untuk mengadakan debat dengan Harris pada 4 Sept di Pennsylvania.