KUALA LUMPUR:Dua artikel mengenai dakwaan bahawa Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adalah tidak benar.
Menerusi kenyataan pada Rabu, Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan I memaklumkan, dua portal telah memuat naik artikel yang mendakwa Dr Noor Azmi menerima kunjungan hormat daripada sekumpulan individu di pejabat beliau.
"Tulisan dan dakwaan yang dibuat kedua-dua portal tersebut adalah tidak benar sama sekali. Gambar kunjungan itu adalah pada 12 Jan, iaitu sehari sebelum pelaksanaan PKP.
"Oleh itu, Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan I memohon agar portal terbabit menarik balik tuduhan, dakwaan dan maklumat tidak benar yang disiarkan dengan segera," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menyebut, dakwaan seumpama itu memberikan persepsi buruk terhadap Dr Noor Azmi dan Kementerian Kesihatan.
Hari ini, sebuah portal memuat naik artikel bertajuk 'Timbalan Menteri Kesihatan langgar PKP lagi?' manakala sebuah lagi portal dengan tajuk 'Timbalan Menteri Kesihatan padam gambar lepas disyaki ingkar SOP'.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 13 2021

Kenyataan itu turut menyebut, dakwaan seumpama itu memberikan persepsi buruk terhadap Dr Noor Azmi dan Kementerian Kesihatan. -Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

COVID-19: 96 peratus proses pemulihan dilakukan di rumah
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata hanya kes teruk sahaja yang memerlukan rawatan di hospital.

PICK Remaja sasar 3.2 juta remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja menyasarkan sejumlah 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini bakal menerima suntikan vaksin COVID-19.

Keletihan petugas mungkin punca ada yang disuntik picagari kosong
Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan beberapa kes petugas Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang didakwa gagal memberi suntikan adalah disebabkan oleh faktor keletihan.

KKM: Semua yang berdaftar dalam MySejahtera akan terima vaksin
Orang ramai tidak perlu bimbang serta gusar kerana kerajaan telah membeli vaksin yang mencukupi untuk semua.

PPV pandu lalu akan diperluas ke seluruh negara - Dr Noor Azmi
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu akan diperluaskan ke seluruh negara dalam usaha mencapai imuniti kelompok dengan segera, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Kerajaan pertimbang vaksin satu dos kepada penduduk di pedalaman - Dr Noor Azmi
Kerajaan mempertimbangkan untuk menggunakan vaksin satu dos seperti CanSino dari China untuk penduduk di kawasan pedalaman kerana kesukaran untuk mereka datang semula untuk mendapatkan suntikan kedua.

Maklumkan Jabatan Kesihatan jika terlepas janji temu vaksinasi
Mereka terbabit boleh meminta penjadualan semula vaksinasi mereka bila-bila masa dalam tempoh 40 hari selepas dos pertama mereka.

Dakwaan Timbalan Menteri Kesihatan langgar SOP PKP tidak benar
Dakwaan seumpama itu memberikan persepsi buruk terhadap Dr Noor Azmi dan Kementerian Kesihatan.

KKM buat ujian kemurungan petugas barisan hadapan
Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan ujian saringan Tekanan, Kebimbangan Melampau dan Kemurungan (DASS) terhadap petugas barisan hadapan.

KKM iktiraf peranan media sebagai barisan hadapan dalam perangi COVID-19
KKM mengiktiraf dan menghargai media sebagai barisan hadapan yang sama-sama berganding bahu memerangi pandemik COVID-19.