SHAH ALAM: Proses pemulihan bagi kes-kes positif COVID-19 di Malaysia kebanyakannya dilakukan di rumah dengan 96 peratus kes aktif di negara ini dipantau dari rumah individu berkenaan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Beliau berkata hanya kes teruk sahaja yang memerlukan rawatan di hospital.
"Ini membawa Malaysia kepada pengumuman pembukaan sempadan pada 1 April ini, dan banyak lagi sekatan akan dilonggarkan. Bagaimanapun, Malaysia akan terus mematuhi nasihat dan mandat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) agar mengekalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka," katanya.
Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim semasa lawatan kerja Menteri Kesihatan Singapura Ong Ye Kung ke Institut Kesihatan Negara (NIH) di sini hari ini.
Dr Noor Azmi berkata setakat ini, sebanyak 79 peratus atau 25,786,987 populasi Malaysia telah lengkap divaksin dan daripada jumlah itu, 97.5 peratus atau 22,943,182 populasi dewasa (18 tahun dan ke atas) serta 91.4 peratus atau 2,843,805 remaja (12 hingga 17 tahun) telah lengkap vaksinasi.
"Terdapat 15,483,571 atau 65.8 peratus populasi dewasa yang telah melengkapkan vaksin siri primer telah mengambil suntikan dos penggalak dan 1,263,287 atau 35.6 peratus kanak-kanak berusia lima hingga kurang 12 tahun menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19," katanya.
Dr Noor Azmi berkata berdasarkan perkembangan ini, Malaysia sememangnya sudah bersedia untuk beralih ke fasa endemik COVID-19 kerana ia merupakan 'exit strategy' bagi membolehkan rakyat kembali kepada kehidupan hampir normal selepas lebih dua tahun berhadapan dengan pandemik COVID-19.
Sementara itu, Ong dalam ucapannya berkata Malaysia dan Singapura telah bekerjasama sepanjang krisis pandemik.
"Apabila trafik sempadan darat terganggu akibat virus COVID-19, pihak berkuasa Singapura bertindak dengan menempatkan puluhan ribu rakyat Johor yang bekerja di Singapura, kerana mereka tidak dapat berulang-alik setiap hari merentasi tambak. Kami memastikan bekalan penting dan komponen kritikal terus disalurkan.
"Saya dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sentiasa berhubung, saling memaklumkan mengenai situasi di negara kita dan maklum balas masing-masing. Saya banyak belajar daripada pertukaran maklumat dengan beliau," katanya.
Ong berkata pelancaran suntikan vaksinasi di Malaysia telah dilakukan dengan sangat baik dan mempersiapkan negara untuk beralih ke fasa endemik dan beliau juga berharap agar kedua-dua negara bangkit dengan lebih kuat daripada pandemik ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata hanya kes teruk sahaja yang memerlukan rawatan di hospital. - Gambar fail/BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

IOFS hantar konvoi bantuan pertama ke Gaza tangani krisis makanan
IOFS telah menghantar konvoi bantuan pertama menerusi "Program Tepung untuk Kemanusiaan" ke Gaza pada Isnin (20 Jan), membekalkan 200 tan tepung gandum untuk menangani kekurangan makanan kritikal.

MAINJ mula laksana proses pemulihan akidah ahli GISB
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah mula melaksanakan proses pemurnian dan pemulihan akidah bekas ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).

GISB: Fokus utama pulihkan kanak-kanak, kembalikan ke pangkuan keluarga - Mohd Na'im
Usaha pemulihan bagi kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global membabitkan GISB dibuat secara menyeluruh merangkumi aspek akidah, kaunseling, kenegaraan, pendidikan dan kemahiran.

‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.

Gangguan bekalan air pulih sepenuhnya hari ini - Chow
Baki 9,760 daripada keseluruhan 200,000 pengguna yang terlibat dengan gangguan air di Pulau Pinang dijangka memperoleh semula bekalan mereka selewat-lewatnya hari ini.

KDN sasar 75 peratus klien AADK pulih tahun ini - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri menyasarkan sebanyak 75 peratus daripada 100 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pulih pada tahun ini.

COVID-19: 96 peratus proses pemulihan dilakukan di rumah
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata hanya kes teruk sahaja yang memerlukan rawatan di hospital.

Bekalan air di 13 kawasan pulih sepenuhnya 4 pagi esok - Air Selangor
Kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Kuari, Kg. Cheras Baru, Kuala Lumpur telah siap dilaksanakan pada jam 4.15 pagi, pada Jumaat.

Jawatankuasa khas pemulihan COVID-19 perlu dibentuk - Penganalisis politik
Pelbagai pihak berkepentingan dan berkepakaran perlu duduk bersama hasilkan solusi yang lebih jitu untuk atasi masalah negara dek pandemik COVID-19.

Tiger Woods bersyukur dibenarkan pulang ke pangkuan anak-anak
Pemain golf terkemuka dunia Tiger Woods sangat bersyukur kerana masih hidup selepas terlibat dalam kemalangan bulan lepas.