KANOWIT: Orang ramai perlu memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan jika mereka tidak dapat memenuhi janji temu untuk suntikan vaksinasi COVID-19 kedua mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Aaron Ago Dagang.
Beliau berkata, mereka terbabit boleh meminta penjadualan semula vaksinasi mereka bila-bila masa dalam tempoh 40 hari selepas dos pertama mereka.
"Jika anda terlepas janji temu untuk vaksinasi anda, anda perlu memaklumkan kepada jabatan untuk penjadualan semula. Di United Kingdom, dos kedua diambil dalam tempoh dua bulan selepas dos pertama," katanya pada Program Prihatin Malaysia di Machan hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab cadangan daripada seorang pemimpin tempatan Pemanca Lawrence Malaka yang telah meminta agar penduduk di luar bandar diberikan vaksinasi satu dos.
Lawrence berkata, disebabkan kekangan yang dihadapi penduduk luar bandar, mereka mungkin akan terlepas janji temu vaksinasi mereka seperti yang biasa berlaku dengan janji temu biasa di hospital.
Aaron berkata, pada masa ini kesemua vaksin yang dibeli kerajaan adalah dari dua dos.
Aaron yang juga Ahli Parlimen Kanowit berkata, pengumuman peruntukan RM10 juta untuk dana kecederaan akibat vaksin COVID-19 bagi memberikan pampasan kepada individu yang mungkin menghadapi kesan sampingan akibat daripada vaksinasi berkata, kerajaan amat yakin dengan vaksinasi yang ada.
"Penerima suntikan vaksinasi yang menghidapi kesan sampingan yang teruk yang memerlukan rawatan lama di hospital akan menerima RM50,000, manakala mereka yang mengalami kecacatan kekal atau kematian akan menerima RM500,000," katanya.
Beliau berkata, pakej stimulus Pemerkasa yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, merupakan pakej stimulus terkini bagi pemulihan ekonomi dalam negara, merupakan satu lagi bukti yang kerajaan masa kini amat menjaga keperluan masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 23 2021
Mereka terbabit boleh meminta penjadualan semula vaksinasi mereka bila-bila masa dalam tempoh 40 hari selepas dos pertama mereka. - Gambar hiasan
ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.
Kematian Orang Asli dalam tahanan: Polis teruskan siasatan pelbagai sudut
Polis akan meneruskan siasatan kematian seorang lelaki Orang Asli berusia 25 tahun ketika dalam tahanan pada 4 Mei lalu.
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
Warga emas disaran ambil vaksin influenza, lindungi diri daripada jangkitan serius
Warga emas disaran mengambil vaksin influenza bagi melindungi diri daripada jangkitan lebih serius.
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Pemvaksinan mpox di Republik Demokratik Congo bermula 2 Okt
Usaha pemvaksinan yang akan berlangsung hingga 11 Oktober menyusul berikutan penerimaan lebih 265,000 dos vaksin daripada rakan antarabangsa.
Malaysia bakal raih potensi pelaburan industri halal bernilai RM4 bilion dari China - Ahmad Zahid
Malaysia bakal meraih manfaat potensi pelaburan baharu dari China dalam industri halal bernilai kira-kira RM4 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
69 peratus kanak-kanak di Gaza terima vaksin polio - Kementerian Kesihatan Palestin
Pencapaian ini dicapai dalam tempoh tujuh hari selepas melancarkan fasa pertama kempen pemvaksinan polio.
Lebih 160,000 kanak-kanak diberi vaksin polio di selatan Gaza - Agensi PBB
Fasa kedua kempen pemvaksinan polio bermula di Khan Younis pada Khamis, susulan kejayaan fasa pertama di kawasan tengah Gaza.
Congo terima kumpulan pertama vaksin mpox
Pesawat yang membawa dos vaksin dihasilkan oleh Bavarian Nordic dan disumbangkan EU itu tiba di ibu negara Kinshasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mpox: Singapura beri vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan, kontak rapat
Singapura akan memberikan vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan dan kontak rapat kes mpox, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyataan pada Rabu.
160,000 kanak-kanak Gaza terima vaksin polio - Kementerian Kesihatan Palestin
Vaksin diberikan kepada kanak-kanak di pusat-pusat bergerak dan ditetapkan kementerian dan UNRWA yang dihadiri ramai keluarga.